Sunday, October 30, 2011

KINI BERSAMA ...






(L)


PERTAMA KALI KITA BERTEMU

HATIKU TERUS TERPAUT DENGANMU

WALAUKU TAHU KAU UMPAMA ENGGANG

DIRIKU HANYA SEEKOR PIPIT

NAMUN DIRIMU TETAP KU CINTA


(P)


DUHAI KASIHKU DINDA PUN BEGITU

HANYA DIRIMU YANG TIDAK TAHU

KU BAGAIKAN PUNGGUK NAN RINDUKAN BULAN

WALAU IA TAK MUNGKIN JADI KENYATAAN

NAMUN CINTAMU TETAP KU DAMBA


(L/P)


KINI SEMUANYA TELAH BERUBAH

ENGKAU KINI ADALAH ISTERIKU

ENGKAU ADALAH SUAMIKU

KU HARAPKAN CINTA KITAKAN BERKEKALAN


(L)


ADA KETIKA KAU CUBA MENYISIH

HATIKU INI TERASA PEDIH

BAK SURIA MENGALIHKAN SINARAN

TINGGAL REMBULAN DALAM KEGELAPAN

DIRIKU INI BAGAI DIPINGGIRKAN


(P)


KANDAKU SAYANG JANGANLAH MERAJUK

NANTI SUSAHLAH DINDA YANG NAK KENA PUJUK

TANPAMU KASIH KU BAGAI SANG KUCING

GELISAH KERANA ANAKNYA MENGHILANG

CINTAKU HANYA PADAMU SEORANG


(L/P)


KINI SEMUANYA TELAH BERUBAH

ENGKAU KINI ADALAH ISTERIKU

ENGKAU ADALAH SUAMIKU

KU HARAPKAN CINTA KITAKAN BERKEKALAN



LAGU : A PEACE

LIRIK : A PEACE


NOTA :


(L) = VOKAL LELAKI


(P) = VOKAL PEREMPUAN





************************************************



Diriwayatkan daripada Anas R.A, katanya: Nabi S.A.W Bersabda, Mafhumnya :

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”


(Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)




************************************************





************************************************






************************************************

{SARJANA PANDIR}


2 comments:

  1. BIDADARI HIDUPKU

    Album :
    Munsyid : DeHearty
    http://liriknasyid.com/

    Perasaan lahir dari sebuah pertemuan
    Berputik rindu di hati yang amat mendalam
    Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
    Segar sentiasa ia dalam ingatan

    Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan
    Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
    Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
    Moga kekal bersinar dalam keredhaan

    Kau umpama
    Mutiara di tengah lautan
    Bak bidadari yang menghiasi hidupku
    Bersama kasih sayangmu

    Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
    Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
    Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
    Menyegari ruangan hati kesyahduan

    Kau umpama
    Mutiara di tengah lautan
    Bak bidadari yang menghiasi hidupku
    Bersama kasih sayangmu

    Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
    Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
    Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
    Menyegari ruangan hati kesyahduan

    Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
    Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
    Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
    Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

    Isteriku, engkaulah bidadariku
    Hadirlah bersamaku di setiap waktu
    Ku janjikan setiaku hanya untukmu
    Dan kasihku hanya padamu
    Oh isteriku........

    Lagu & lirik :Syamer (Syam dehearty)(Ada Exists Sdn. Bhd .)

    Susunan muzik : Trabye

    ReplyDelete
  2. MENCINTAI KERANA ALLAH

    Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya :

    "Sesungguhnya Allah Ta'ala Berfirman pada Hari Qiamat : "Di manakah orang-orang yang mencintai kerana Keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam Naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain Naungan-Ku"

    (Hadith Riwayat Muslim)

    ReplyDelete