Monday, November 22, 2010

BEING HUMBLE...


"Rendahkanlah dirimu umpama sebuah kawasan rendah di kaki bukit, kerna ianya mampu menakung air yang menjadikannya sebagai sebuah tasik nan indah; yang mampu menghadirkan pelbagai hidupan di dalamnya seperti ikan, teratai

"Dan janganlah kamu meninggi diri, laksana puncak gunung nan tinggi, kerna ianya takkan mampu menakung air di kala hujan turun; ianya akan kekal kering, tandus buat selama-lamanya.."

{Sarjana Pandir}






Sunday, November 14, 2010

NILAI SAHABAT


Di waktu tiada siapa

Akan percaya kata-katamu

Di hari semua manusia

Seolah-olah tertawakanmu


Datanglah bila-bila kau perlu

Datanglah bila-bila kau sayu

Pergilah bila-bila kau mahu

Tak pernah terlintas di hati

Untuk menghambakanmu


Akulah sahabatmu

Sedari dulu cuma kau saja tak menyedari

Aku jujur pada dirimu sampai saat ini

Usahlah kau ragukan kerana nilai sahabat

Ada dalam diriku


Akulah sahabatmu

Yang merasakan pedihnya bila kau disakiti

Sedaya upayaku cuba untuk memahami

Semua kesedihanmu kerana nilai sahabat

Ada dalam diriku ini


Datanglah bila-bila kau perlu

Datanglah bila-bila kau sayu

Pergilah bila-bila kau mahu

Tak pernah terlintas di hati

Untuk menghambakanmu


Akulah sahabatmu

Sedari dulu cuma kau saja tak menyedari

Aku jujur pada dirimu sampai saat ini

Usahlah kau ragukan kerana nilai sahabat

Ada dalam diriku


Akulah sahabatmu

Yang merasakan pedihnya bila kau disakiti

Sedaya upayaku cuba untuk memahami

Semua kesedihanmu kerna nilai sahabat

Ada dalam diriku ini


Artis : Syazliana



**********************************************


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI



Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu;


Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu;


Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berusaha membantu sesuai dengan kemampuannya;


Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik;


Jika dia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu;


Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan berusaha menutupinya;


Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh;


Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;


Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;


Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya dia akan membenarkanmu;


Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencanamu itu;


Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga hatimu...



Imam Al-Ghazali



**********************************************