Thursday, March 8, 2012

KERNA TAKDIR



KERNA TAKDIR

SENYUMAN TERUKIR DI RAUT WAJAHKU
PABILA TERBAYANG MEMORI CINTA DULU

KETIKA DIRI MELAFAZ KATA CINTA

PADA SEORANG INSAN YANG KU RINDU

PABILA DIRIKU TERDAMPAR DI PANTAI SEPI

DIRIMU HADIR DENGAN PAWANA CINTA
MENGUBAH SETIAP LANGKAH HATI INI
DARI BELENGGU KESUNYIAN


DI WAKTU ITU KU DILIMPAHI BAHAGIA
TETAPI DETIK ITU TELAH BERLALU

DENGAN DIRIMU TELAH PERGI
UNTUK MENGGAPAI CITA - CITA

KINI KAU MASIH RATU HATIKU
WALAUPUN DIRIMU JAUH DARIKU
AKANKU TETAP SETIA MENUNGGU

KERNA KU PERCAYA TAKDIR ILAHI

JODOH KITA BERSEMI

SETIAP DETIK YANG KU LALUI

RINDUKU PADAMU MAKIN MEMEKAR
KU POHON PADA-MU TUHAN YANG ESA
TETAPKANLAH JODOHKU DENGANNYA
DI DALAM DIARI TAKDIR-MU OH TUHAN


KOMPOSER :
A PEACE
LIRIK : TAJ
/ A PEACE




************************************************


Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (Silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”

(Surah An-Nisa', Ayat 1)
************************************************


************************************************

************************************************

{SARJANA PANDIR}
************************************************

1 comment:

  1. sm0ga sntiasa istiqamah dalam mengejar redha Nya..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete