Tuesday, December 13, 2011

USAH KECEWA KERNA CINTA ...





MELANKOLIK CINTA


DULU AKU PERNAH CINTAKAN KAMU
BUNGA-BUNGA CINTA BERPUTIK DI HATIKU
NAMUN KINI ENGKAU PERGI TINGGALKAN AKU
TERASA RESAH HATIKU TERINGATKAN KAMU

BERLALULAH SEGALA MEMORI INDAH BERSAMA
DIRIKU SAYU BAYANGMU MENJELMA
SAAT KAU MUNCUL MENDEKATI HATI INI
SELAMA INI DIKAU HADIR HIDUPKU BERSERI

OH JIWAKU DIULIT PAWANA
CINTA NAN MEMBARA MEMBALUTI SUKMA
GERIMIS TERHENTI BAGAI MERASAI
KICAU BURUNG PUN TURUT SUNYI

AWANAN BERLALU BERARAK KELABU
BAGAI MENANGISI DUKA DI HATIKU
TITISAN HUJAN MEMBASAHI TIADA TERHENTI
HINGGA TERUBAT HATIKU NAN SEPI

OH TUHANKU LINDUNGILAH AKU
DARI SEGALANYA DUKA NAN KELIRU
RINDU KU NAN MEKAR KINI PUDAR LAYU
SEMENJAK KAU PERGI BERLALU

OH YA ALLAH DAMAIKANLAH KALBU
HANYA DOAKU UTUS PADAMU
AGAR DIKAU BAHGIA TENANG BERSAMANYA
HINGGA AKHIR MASA

KOMPOSER : A PEACE
LIRIK : A PEACE



************************************************






************************************************




************************************************



************************************************



3 comments:

  1. 5 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN TATKALA PUTUS CINTA!

    Teks : Noreena Zolkeeple

    Hati tidak keruan tatkala teringat si dia yang tidak lagi sehaluan. Apabila putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan sudah tentu dikuasai oleh emosi. Apabila emosi mengawal diri, anda sukar untuk berfikir secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang dan berfikiran positif.

    Anda akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Yang lebih berbahaya adalah kemungkinan anda sanggup mati daripada terus hidup.

    Sabar! Tenangkan diri buat sementara waktu dan katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini adalah normal. Adalah normal jika anda sedang bersedih dan kecewa hari ini daripada anda kecewa selepas berkahwin dan sudah pun mendirikan rumahtangga. Mungkin 5 perkara ini mampu membantu anda yang sedang putus kasih di luar sana.

    1. JANGAN HUBUNGI PASANGAN ANDA!

    Jangan cuba untuk menghubungi pasangan anda atau apa-apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi dengan pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin. Hal ini adalah jalan yang terbaik yang boleh anda lakukan untuk melupakan terus kisah silam.

    2. JANGAN HUBUNGI ATAU MELUAH MASALAH KEPADA RAKAN PASANGAN ANDA

    Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaik keadaan. Oleh itu, seboleh-bolehnya jangan luahkan apa sahaja perkara dengan rakan pasangan anda itu. Carilah sahabat atau teman rapat yang terdiri dari kaun keluarga anda sendiri. Itu adalah lebih baik daripada anda berterusan murung dan kecewa.

    3. LUAHKAN MASALAH ANDA HANYA KEPADA TEMAN RAPAT ANDA SAHAJA!

    Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

    4. JANGAN BIARKAN DIRI ANDA KESEORANGAN

    Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda keseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan stress. Jangan duduk dan tinggal bersendirian kerana sudah pasti pada waktu ini anda akan teringatkan kisah cinta yang dulu.

    5. HADIAHKAN DIRI ANDA DENGAN SESUATU YANG MENYERONOKKAN

    Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini. Belajar muhasabah diri dan yakin bahawa anda akan berjumpa dengan seseorang yang lebih menyayangi diri lebih dari bekas teman lelaki anda dahulu!

    Sumber : Majalah Pesona Pengantin, September 2010.

    ReplyDelete
  2. Salam 1Ukhuwah buat adinda Sharifah Sakeenah Binti Syed Abdullah al-Mashoor. Semoga sihat wal 'afiat sentiasa & ceria2 selalu hendaknya disamping famili tersayang, Amin.

    تفضّل يا أختي

    My pleasure..Silakan :)

    ReplyDelete