Saturday, July 21, 2012

DOA PERASMIAN MAJLIS


بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا محمّد و على اله و أصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan (Nama Program), kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang berbilang kaum ini.
Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. 
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu, masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu. Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.
 
اللهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا , وَتَفَرّقَََنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقا مَعْصُوْمًا , وَ لاَ تَجْعَلِ اللهُمَّ فِيْنَا وَ لاَ مَعَنَا وَ لاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقيًّا وَ لاَ مَطْرُودًا وَ لاَ مَحْرُوْمًا.
اللهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أعْمَاِرنَا ءَاخِرُهْ وَ خَيْرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِمُه وَ خَيْر أياّمِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْه
اللهُمّ اغْفِرْلَنَا ذنوْبَنَا وَلأِخْوَانِنَا الذِيْنَِ سَبَقونَا بِالأِيْمَان وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قلُوبنَا غِلاًّ لِلذِيْنَ ءَامَنُو رَبَنَا اِنَّكَ رَءُوْفُ رَّحِيْم
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنه و في الاخرة حسنه و قنا عذاب النار
و صلىّ الله على سيّدنا محمّد و على ءاله و صحبه و سلم , والحمد لله ربّ العالمين
*************************************************************
Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya : 
"Sesungguhnya Tuhan itu Hidup lagi amat pemurah. Dia malu apabila hamba-Nya yang mengangkat kedua-dua tangan kepada-Nya, kemudian Dia pulangkan kedua-dua tangan itu dalam keadaan kosong" 
{Hadith Riwayat Abu Daud}
 *************************************************************
Nota : Tiada hakcipta dalam Islam. Teks doa ini boleh disalin dan digunakan di dalam mana-mana majlis yang bersesuaian, oleh mana-mana pihak sekalipun. Semoga bermanfaat Insya Allah.

6 comments:

  1. Jazzakallah. Saya gunakan ketika majlis pertemuan di Kerteh, Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Afwan ya Akhi Mohamad Norsazlan. Saya rasa amat gembira dapat berkongsi sekelumit 'ilmu bersama anda. May Allah S.W.T. Bless U & your family, Amin. Salam 1Ukhuwah :)

      Delete
  2. Jazakallah hu khairan kasiran....
    shukran ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Afwan..sama2 Anonymous. Semoga bermanfaat & beroleh barakah dalam kehidupan kita semua, Amin ya Rabb :)

      Delete
  3. Salam.Nak tanya..Lagu dlm blog ni tajuk apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous. Tajuk lagu dlm blog ni ialah ISTIKHARAH CINTA nyanyian SIGMA.

      Delete