Wednesday, September 14, 2011
OHHH HARAMMM...
Nampaknya agenda jahat Yahudi Laknatullah untuk memalit lumpur kehinaan, memburuk-buruk serta merendah-rendahkan imej Islam semakin menular sehingga ianya telah merebak melalui medium telemovie Melayu, Ohhh Harammm siaran TV3 pada 10/9/2011 baru-baru ini. Pengisian cerita yang cuba disampaikan kelihatan seperti mempersendakan agama.
Walaupun saya bersetuju bahawa method dakwah yang digunakan oleh watak utama lakonan Aqasha, Rahimi yang agak radikal, namun sebenarnya apa yang saya lihat, segala perwatakan berhati-hati yang digambarkan melalui watak Rahimi itu sesungguhnya merupakan perwatakan sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat Islam, dalam menjaga batas-batas larangan dalam agama Islam. Saya mendapati bahawa sebahagian besar dari apa yang ditonjolkan dalam cerita ini seakan mempertikaikan beberapa hukum agama yang dianggap kolot. Umpamanya hukum HARAM bagi lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan.
Selain itu, tindakan watak pembantu lakonan Sharifah Amani yang mempersendakan doa berbuka puasa yang dipanjatkan oleh Rahimi dengan membuat mimik muka meluat itu, telah menyiat hati saya. Ini kerana, doa itu bukanlah terlampau panjang dan ianya juga merupakan doa yang terbaik serta mempunyai makna yang amat baik untuk dihayati oleh kita semua. Disamping itu, dalam lagu sisipan yang terdapat di dalam telemovie ini yang dinyanyikan oleh Aqasha dan beberapa orang lagi, saya amat terkejut mendengar salah satu bait lirik dalam lagu tersebut yang seperti merendah-rendahkan kemuliaan serta rahmat yang terdapat melalui pelaksanaan Solat Terawikh, apabila salah seorang watak perempuan dalam lagu tersebut menyatakan, "Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je...", selepas mendengar Aqasha menyatakan bahawa ramai di kalangan umat Islam yang berbuka dan makan secara berlebihan sehingga tidak larat untuk menunaikan Solat Terawikh.
Solat Terawikh merupakan salah satu amalan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain, malahan Allah 'Azza Wa Jalla menawarkan pelbagai ganjaran lumayan kepada mereka yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, seperti melakukan Solat Terawikh ini. Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan berkenaan ganjaran-ganjaran yang boleh direbut oleh umat Islam menerusi melakukan ibadah di bulan Ramadhan, sepertimana sabda Baginda S.A.W. Mafhumnya :
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Oleh itu, amatlah tidak tepat sekiranya kita melebihkan usaha untuk membesarkan perut kita dengan memakan makanan yang berlebih-lebihan yang membawa kepada pembaziran, sehingga meninggalkan amalan sunat yang pastinya menawarkan ganjaran pahala yang menggunung tinggi seperti menunaikan Solat Terawikh ini. Sebenarnya banyak lagi penghinaan yang terdapat di dalam telemovie ini yang mungkin terlepas dari pandangan pihak produksi untuk dinyatakan dalam ruangan yang cukup terhad ini. Saya berharap agar pihak Suhan Movies yang menerbitkan telemovie ini lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya di layar perak ini agar ianya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam, apatah lagi majoriti daripada pihak kru produksi telemovie ini sendiri terdiri dari kalangan orang-orang Islam juga. Moga kekhilafan ini tidak akan berulang di masa hadapan.
**********************************************
Dari Abu Hurairah R.A. : Nabi S.A.W. bersabda : ”Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan keatasku, maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka.”
**********************************************
Labels:
Eirma Fatima,
Haram,
Ohhh Harammm...,
Propaganda,
TV3,
Yahudi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalammualaikum saudara SarjanaPandir @ anyno-mosque...
ReplyDeletesaya sudah membalas komen saudara di blog saya.
http://citrahatialieshakirana.blogspot.com/2011/09/ohhh-harammm-balasan-komen-anony-mosque.html
Maka hari ni AK akan balas komen ni yer...
ReplyDeleteehemm...
Assalammualaikum saudara/saudari ANONY-MOSQUE...
semoga kalbu anda sudah berada di dalam keadaan tenang dan minda yang lapang supaya dapatlah anda fahami maksud yang cuba saya smpaikan ini.
ini adalah sekadar pandangan dari sudut saya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dlm isu ini.
berikutan drama Ohhh Harammm yang baru ditayangkan baru2 ini, saya langsung tidak mengerti mengapa drama yang diarahkan oleh Eirma Fatima, seorang Islam dan seorang Melayu dikaitkan dengan agenda Yahudi. adakah bagi anda, Eirma Fatima itu seorang boneka Yahudi yang ingin menyesatkan umat Muhammad di bumi Malaysia ini?
saya tidak mengetahui apakah sebenarnya agenda di sebalik penyiaran cerita ini namun saya harapkan agar agenda Yahudi bukanlah sebabnya.
dari sudut penonton, memang saya lihat drama ini agak sinis menyindir tentang situasi masyarakat Islam skrg. bagaimana Rahimi yg agak lantang berdakwah diperlekehkan org ramai. sebagai seorang Islam yang masih waras dan mengerti batas-batas agama, saya mengakui dan menyokong setiap dakwah yang cuba Rahimi sampaikan kerana setiap satunya betul, cuma yg ditekankan di sini ialah caranya yg terlalu kasar dan tegas dlm berdakwah.
mungkin anda tidak perasan, Sharifah Amani ada bersembang dgn ibunya, mengatakan bahawa apa dikatakan abangnya itu betul, cuma caranya yang salah dlm menegur.
masyarakat pula yg memperlekehkan Rahimi, bukanlah menunjukkan bahawa drama ini cuba menunjukkan bahawa dakwah yg disampaikan rahimi itu salah, tetapi drama ini ingin menunjukkan kepincangan di dalam umat Islam skrg dan apa alasan mereka setiap kali ditegur atas kesalahan mereka. tidak bolehkan anda berfikir dr sudut ini? bukannya sudut yg anda gambarkan itu?
saya pasti umat Islam skrg sudah tahu baik buruknya sesuatu perkara itu, namun segalanya bergantung pada niat dan keimanan utk mereka untuk membimbing mereka ke jalan yg benar.
Jadi saya rasa drama ini tidak ada kena mengena dgn agenda Yahudi, sekadar buah tangan pengarah agar kita berfikir. nampaknya pengarah bijak hingga membuatkan setiap org berfikir dr sudut mereka sendiri hingga ada mengaitkan drama ini dgn agenda Yahudi dan mempersendakan agama.
bagi saya, saya berfikir dr sudut Rahimi. bagaimana dia cuba berdakwah, namun dakwahnya agak tegas dan sukar diterima masyarakat Islam skrg yg sudah pincang. Rasulullah sendiri berdakwah secara berhikmah dan lemah lembut, jadi apabila Rahimi berdakwah secara radikal seperti kata ANONY-MOSQUE, ini menyebabkan masyarakat tidak boleh menerima kerana teguran itu keras, kasar dan memalukan mereka.
apapun saya sgt sukakan watak Rahimi kerana dia adalah ibarat sebutir mutiara iman yang barangkali sudah hampir pupus dlm masyarakat kita. dia adalah watak yg hampir sempurna utk dijadikan calon suami seorang wanita muslimah cuma cara berdakwahnya saja yang harus diubah.
saya tidak punya apa2 masalah dgn drama ini kerana ia hanyalah satu contoh tentang masyarakat kita yang sudah makin menjadikan agama itu perkara enteng, dan berdakwah secara radikal itu bukanlah cara berdakwah yang sebenar, tetapi secara berhikmah itu yang akan membuka hati mereka2 yang sudah keras dek permodenan skrg.
maafkan khilaf saya andai apa yg saya katakan ini tidak disetujui anda. kita masing2 punya pendapat sendiri dan saya tidak boleh melarang anda dr terus berfikiran sebegini.
apapun saya harap masyarakat kita akan mengambil sudut positif dr drama ini, dan bukannya memperlekehkan Rahimi yg berusaha sekerasnya untuk menegakkan agama Allah dgn caranya.
maaf sekali lagi dan terima kasih atas komen anda.
Wa'alaikumussalam W.B.T.dan Salam Ukhuwah buat anda.
ReplyDeletePertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari atas komentar yang cukup bernas yang telah disampaikan, menerusi sudut pandangan saudari sebagai seorang penonton serta peminat rancangan TV Melayu-Islam, yang menilai kisah OHHH HARAMMM ini dari aspek ilmiah, yakni pandangan berkenaan kaedah Uslub Ad-Dakwah watak utama dalam cerita tersebut, Rahimi yang kelihatan radikal dalam menyampaikan seruan kepada hamba-hamba-Nya yang lalai dari mengingati Allah 'Azza Wa Jalla.
Sesungguhnya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan method dakwah secara berlemah lembut dalam mengajak kaum kafir Quraisy di zaman jahiliyyah. Ini bertepatan dengan maksud Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl, Ayat 125 yang bermaksud :
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)
Sejujurnya, seperti yang telah saya nyatakan dalam komen saya tempoh hari jika saudari Aliesha perhatikan kembali, saya telah menyatakan persetujuan pada muqaddimah komen saya bahawa kaedah menyampaikan dakwah Rahimi agak kasar dan sangat tidak bersesuaian dalam mengajak insan lain yang mungkin disebabkan pesatnya peredaran zaman yang menyebabkan ramai di kalangan orang-orang Islam yang semakin alpa dalam memenuhi tuntutan agama Islam, menuju keredhaan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan saya, hamba-Nya yang cukup kerdil di sisi-Nya ini ialah; terdapat beberapa perkara yang kelihatan seperti memperlekehkan agama sebagai contoh, tindakan salah seorang pelakon wanita yang turut sama dengan Rahimi dalam sebuah lagu sisipan telemovie OHHH HARAMMM ini, yang merendah-rendahkan fadhilat Solat Terawikh melalui bait-bait ayat yang berbunyi :
"Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je..."
Sejujurnya saya amat bersetuju dengan segala ulasan anda, yang menerangkan secara panjang lebar akan pengajaran yang tersirat atau 'Moral of the stories' yang boleh diambil iktibar menerusi drama OHHH HARAMMM ini. Malah saya juga pada permulaan menonton telemovie ini telah 'Mind-set' kan di dalam fikiran saya serta bersangka baik/Husnuz-Zon, mengharapkan agar di akhir cerita OHHH HARAMMM ini, segala persoalan saya dan rakan-rakan yang lain (Kebanyakannya telah menutup televisyen setelah baru sahaja menonton beberapa babak di dalam telemovie ini yang agak 'kasar' dalam menyentuh persoalan agama itu) itu akan terjawab dengan penulis skrip OHHH HARAMMM memberikan suatu kesimpulan yang tuntas, berkenaan pengajaran yang boleh diambil menerusi OHHH HARAMMM ini-Namun sungguh malang, konklusi yang dihidangkan di akhir cerita ini tergantung begitu sahaja, tanpa merungkai pelbagai persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan penonton yang mulai berpandangan negatif terhadap OHHH HARAMMM ini, dengan mengatakan telemovie tersebut memaparkan banyak babak yang kelihatannya MEMPERSENDAKAN AGAMA.
Bagi saya, ini merupakan kekhilafan pihak produksi Suhan Movies yang tidak meneliti secara terperinci skrip OHHH HARAMMM terlebih dahulu, dengan menawarkan suatu natijah yang boleh merungkai segala tanggapan 'salah' pelbagai pihak yang beranggapan buruk terhadap OHHH HARAMMM ini, yang perlu diperbetulkan serta diperjelaskan kepada umum. Tindakan meninggalkan penonton termanggu-manggu dalam membuat penilaian sendiri yang pastinya berbeza di antara satu sama lain terhadap kisah yang dipaparkan ini, amat membahayakan. Saya menadah tangan menyatakan syukur dan cukup terharu kerana saudari Aliesha dapat menilai OHHH HARAMMM ini dengan baik serta mempunyai pandangan positif terhadap 'Moral of the stories' yang dipaparkan dalam OHHH HARAMMM ini, sepertimana yang dinukilkan dalam komentar balas seperti di atas.
ReplyDeleteNamun mari kita sama-sama fikirkan, bagaimana pula jika terdapat segelintir penonton yang mungkin telah ter'Brain-Washed' dengan cerita ini, terutamanya kanak-kanak yang turut sama menonton OHHH HARAMMM ini, yang mungkin mulai beranggapan negatif kepada Islam yang kelihatan tidak 'Up-to-date' atau dalam bahasa kasarnya KOLOT, dengan meletakkan pelbagai peraturan atau 'Don't' yang mungkin dianggap mengongkong emansipasi atau kebebasan setiap insan? Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungkan secara mendalam.
Selain itu, saya berpandangan bahawa segala sikap yang ditonjolkan menerusi watak Rahimi tersebut sebenarnya lebih menonjolkan ciri-ciri sufisme atau dalam bahasa mudahnya, merupakan tingkahlaku yang sering kita baca atau dengar berkenaan sikap para Wali-Wali Allah, yang memperolehi maqam yang cukup tinggi di sisi Allah kerana mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh serta cukup teliti dalam menjaga segala batas-batas yang ditetapkan dalam Islam; Di mana ianya tidak bersesuaian dengan tahap orang awam seperti kita semua, termasuklah diri saya sendiri. Apapun sekiranya kita mampu untuk berusaha mencapai ke tahap tersebut, mudah-mudahan Allah memberkati segala amal yang kita lakukan dan semoga beroleh ganjaran pahala yang lumayan di sisi-Nya, iaitu Jannatul Firdaus kelak.
Disamping itu, berkenaan agenda Yahudi yang dimaksudkan, saya sejujurnya berniat sekadar untuk memberikan sebuah teori untuk sama-sama kita fikirkan (disebabkan kesimpulan positif atau ’Moral of the stories’ yang tidak dijelaskan secara tuntas di akhir cerita OHHH HARAMMM ini secara tuntas itu) saya mencadangkan kepada saudari Aliesha untuk mengkaji sendiri akan teori ini dengan menonton sebuah dokumentari berjudul THE ARRIVAL terbitan Noreaga Productions, yang membincangkan berkenaan teori agenda jahat pihak-pihak tertentu, yang sudah semestinya didalangi oleh pihak Yahudi Laknatullah yang berusaha untuk mendoktrinisasikan fikiran umat Islam, dengan pelbagai tipu helah mereka, melalui penggunaan medium yang cukup ampuh dalam menyebarkan propaganda marcapada, MEDIA MASSA. Saya juga berhajat untuk meninggalkan saudari Aliesha dan rakan sekalian untuk meneliti pandangan saya ini, melalui link sebuah laman blog yang turut membuat perbincangan berkenaan isu yang mungkin selama ini tidak kita sedari ini.
Buat akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan teristimewa buat saudari Aliesha yang telah memberikan pandangan yang cukup bernas berkenaan isu yang timbul menerusi penyiaran telemovie OHHH HARAMMM ini. Kesimpulan yang boleh kita ambil dari kisah ini, saya sekali lagi ingin membuat penekanan bahawa, kesilapan utama penulis skrip OHHH HARAMM ialah, beliau tidak memberikan suatu konklusi yang mantap mengenai ’Moral of the stories’ yang dapat sama-sama kita cedok menerusi OHHH HARAMMM ini, di akhir penceritaannya. Jika penulis skrip dan pengarahnya tidak terlepas pandang berkenaan perkara yang mungkin dianggap kecil ini, mungkin kekeliruan ini tidak akan timbul sama sekali.
ReplyDeleteSekian sahaja pandangan saya yang faqir dari sudut ilmunya ini, saya mendoakan agar Allah S.W.T. memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita. Sebelum berpisah, saya tinggalkan sebuah Firman Allah S.W.T. yang dipetik daripada Surah Ali Imran, Ayat 83 Mafhumnya :
”Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi, samada dengan sukarela mahupun dengan terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”
Akhir kalam, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Yang ikhlas,
SARJANA PANDIR
Nota : Sila lihat juga laman blog;
http://www.rezamohyin.com/featured/the-arrival-siri-dokumentari-yang-wajib-ditonton/