"Hendak ke mana?"
Ramadhan menjawab :
"Aku harus pergi dulu, tolong sampaikan pesan ku pada para Mukmin."
"Syawal akan tiba. Ajaklah sabar untuk temani hari-hari dukanya...."
"Lalu peluklah Istiqamah saat lelah dalam perjalanan Taqwa.."
"Kelak akan ku sambut mereka di pintu syurga."
**********************************************
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
“Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Ibnu Majah)
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya :
ReplyDelete"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya kerana puasa itu dari neraka selama 70 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi :
"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya walau sedikitpun"
(Hadith Riwayat Tirmidzi)