Thursday, December 22, 2011

KHUTBAH NIKAH



(Kebanyakan dari kita mungkin sudah terlupa...)



السّلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


الحمد لله ربّ العالمين

والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين

وعلى آله وأصحابه أجمعين


سبحانك لا علملنا الاّ ما علمتنا انك انت العليم الحكيم

ولا حول ولا قوّة الاّ بالله العليّ العظيم



Tuan/Puan Hari ini kita akan raikan majlis pernikahan En. Mohd Farhan dari Johor Bharu, Johor dengan Cik Aida Khairani dari Ipoh, Perak. Marilah kita mulakan dengan bacaan ummul kitab, al Fatihah...

Sebentar lagi saudara dan saudari akan diijab kabulkan dan selepas itu akan bermulalah kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri. Secara langsung semua tanggungjawab bapa atau keluarga dari pihak perempuan, akan berpindah ke bahu saudara sebagai suaminya. Maka bimbinglah isteri dan keluarga ke jalan agama. Laksanakanlah segala suruhan dan tinggalkan larangan-NYA. 


Demikianlah besarnya ganjaran ALLAH terhadap orang yang berumah tangga dengan syarat si suami perlulah solat berjemaah bersama isteri. Apabila dikurniakan zuriat, bimbinglah mereka. Mudah-mudahan dianugerahkan anak yang soleh dan solehah. Jika saudara dan saudari sibuk dengan pekerjaan, usah sesekali tinggalkan qariah masjid. Peruntukkanlah masa-masa tertentu bersama jemaah di sana. Bawalah langkah ke rumah ALLAH sentiasa kerana kita ini hidup bermasyarakat. Bagaimana agaknya, jika tiba masanya dijemput ILAHI tetapi tiada siapa yang mahu mempersiapkan kita? Kerja kita tidak akan membantu, wang juga tidak akan menolong kecuali mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat.

Tujuan kita berumah tangga juga untuk menghalalkan hubungan suami isteri serta memperolehi zuriat suci dan soleh solehah. Tujuannya juga agar kita mengetahui setiap susur galur keturunan, selain untuk mengelakkan daripada wujudnya anak luar nikah dalam keluarga. Selain itu, tujuannya juga untuk membentuk akhlak mulia. Ini kerana sebagai ibu bapa akhlak memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak soleh dan solehah. Ada juga ibu bapa berakhlak buruk tetapi menginginkan zuriat yang baik dan mulia. Itu namanya ibu bapa yang tidak adil! Oleh itu, berusahalah menjadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat.

Selain itu kita berkahwin juga semata-mata untuk membentuk rasa tanggungjawab; terhadap diri, isteri dan keluarga. Ia perlu dijalankan sebagaimana yang telah dijanjikan ketika ijab ini dilafaz. Usah culas dalam melaksanakan kewajipan kerana itulah tunjang kerukunan sesebuah rumah tangga idaman. Ambillah setiap baris ilmu yang diperolehi dalam rumah tangga. Insya-ALLAH, akan wujudlah keluarga harmoni diiringi redha ILAHI.

Peranan utama yang perlu dimainkan oleh si suami ialah menyuruh ahli keluarganya berpegang kepada ikrar sebagai Muslim. Kita ada Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam. Sesungguhnya itulah ikrar yang perlu dipegang dalam kehidupan. Tanpanya runtuhlah istana cinta yang dibina bertahun-tahun lamanya itu. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kemusnahan menyayat hati.


Mengaku tidak ada TUHAN melainkan ALLAH. Ya... itulah ikrar dan aku janji kita sebagai seorang Islam. Tetapi ingat, hanya mengakui tanpa disusuli perbuatan, adalah sia-sia. Maka, buktikanlah; mengucap dua kalimah syahadah, dirikanlah solat, tunaikan puasa, membayar zakat dan mengerjakan haji.


Laksanakanlah dengan yakin dan bersungguh-sungguh agar diganjari pahala dan syurga yang nikmatnya tiada penghujung. Seperti yang kita maklum, perkahwinan dalam Islam adalah ibadat dan sunah Rasulullah S.A.W. Oleh itu, ilmu rumah tangga perlulah dipertingkatkan dari masa ke masa agar semua ibadat dapat dilakukan dengan sempurna. Bagi mereka yang berkemampuan, hendaklah segera berkahwin kerana perkahwinan itu menenangkan jiwa, menenangkan fikiran, meluaskan kaum kerabat, menimbulkan perasaan tanggungjawab.

Sebentar lagi, En. Mohd Farhan akan diijab kabulkan dengan Cik Aida Khairani. Dengan ijab kabul itu nanti akan bermulalah tanggungjawab En. Farhan terhadap si isteri; menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan paling utama ialah agama. Manakala tanggungjawab isteri ialah membantu suami mentadbir rumah tangga serta mentaatinya.

Sebagai seorang suami kita perlu bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri. Usah sekali-kali membawa balik benda yang haram kerana kesannya terlalu bahaya! Anak-anak menjadi degil, isteri pula bersikap ego dan sukar untuk dinasihati. Akhirnya, rumah tangga akan goyah dan tidak mustahil jika ia roboh. Ingatlah... sumber yang haram itu jika diambil akan mendarah daging dalam tubuh kita. Tiada yang dapat menyucikannya kecuali api neraka panas membakar. Nauzubillah...

Sebagai suami dan isteri, masing-masing perlu ada persefahaman. Faham dalam erti kata saling membantu antara satu sama lain. Misalnya, jika diuji dengan kesakitan atau kemiskinan, maka bersabarlah. Insya-ALLAH TUHAN itu tidak menzalimi hamba-NYA. Berdoa dan berusahalah agar dikurniakan rezeki yang halal serta diberi tahap kesabaran dalam menghadapi mehnah kehidupan.

Hakikatnya, tanggungjawab seorang suami terlalu berat. Mengapa? Kerana isteri itu adalah amanah ALLAH. DIA telah memberi kepercayaan kepada seorang lelaki untuk menjaga seorang isteri. Sebagaimana cerita Datuk (Nabi Adam) kita yang awal dahulu. ALLAH telah menciptakan Nabi Adam dari tanah dan menempatkannya seorang diri dalam syurga. Tiada pasangan dan yang ada hanyalah perasaan sunyi. Lalu, ALLAH mencipta Siti Hawa sebagai pasangan dari rusuk kirinya.


Tetapi, mengapa ALLAH memilih rusuk kiri padahal yang kanan itu lebih mulia? Jawapannya ialah rusuk kiri itu dekat dengan jantung hati suami. Dekat untuk disayangi bukan untuk dibenci. Jadi sebagai si jantung hati, si suami perlu berlemah lembut dan jangan jadikan isteri sebagai tempat melepaskan geram, maki hamun dan berkata kesat. Jika berlaku perselisihan, berusahalah mencari jalan penyelesaian. Insya-ALLAH jika ada tolak ansur, pasti wujud rumah tangga bahagia.

Tanggungjawab suami yang lain ialah zuriat. Berusahalah mendidik zuriat ke arah kebaikan. Paling penting, berikanlah kepada mereka didikan agama kerana ia tunjang kehidupan. Ketahuilah, jika mereka melakukan maksiat, maka dosa yang diperolehi itu akan ditanggung oleh si ayah (selagi belum baligh). Laratkah kita menanggung dosa anak dan isteri, walhal dosa diri sendiri pun tidak tertanggung? Oleh itu, ajarlah mereka mengenal agama, mengenal ALLAH dan Rasul serta mengetahui apa yang boleh dan tidak dalam Islam.


Jika mereka dibiarkan hanyut dalam dunia sendiri dan teman-temannya, maka bersedialah si ayah dan ibu menerima berita yang memilukan! Oleh itu, didiklah mereka dengan agama. Mudah-mudahan apabila kita berada di alam barzakh akan ada yang menghadiahkan fatihah dan doa buat kita di sana kelak. Sesungguhnya hanya itulah bekal yang kita bawa suatu hari nanti.Sesungguhnya, inilah sedikit sebanyak nasihat dan peringatan buat mempelai yang akan diijabkabulkan. Hayati dan laksanakan dalam kehidupan. Mudah-mudahan rumah tangga yang dibina ada rahmat yang mengiringi ada redha yang memayungi.

Ingatlah... hidup berdua itu amat berbeza daripada hidup berseorangan. Segalanya perlu dikongsi dan tiada yang 'itu hak aku'. Bersabarlah mengharungi dunia perkahwinan. Usah gentar dengan cubaan yang mendatang kerana ALLAH tidak akan membebankan hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Sentiasalah berdoa dan bertawakal. Insya-ALLAH TUHAN itu akan merahmati hubungan yang halal bahkan diberkati.

Demikian kedua-dua mempelai, pokok pangkal untuk mendapat hidup sebagai suami isteri ialah dengan kembali kepada Islam. Tunaikan semua perintah ALLAH dan jauhi larangan-NYA.

والله أعلم


~ KAHWIN PADA USIA MUDA ~


(FUAD HJ. SAM)



*******************************************

Daripada Saad Bin Abi Waqqas R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, Mafhumnya :

"Di antara sumber kebahagiaan anak Adam itu tiga perkara, manakala di antara kecelakaan juga tiga perkara. Tiga sumber kebahagiaan mereka adalah :

1) Isteri yang solehah,
2) Tempat tinggal yang baik,
3) Dan kenderaan yang baik.

Manakala punca kesengsaraan mereka pula adalah :

1) Isteri yang jahat,
2) Tempat tinggal yang buruk,
3) Dan kenderaan yang tidak menyenangkan."

*******************************************

Tuesday, December 13, 2011

USAH KECEWA KERNA CINTA ...





MELANKOLIK CINTA


DULU AKU PERNAH CINTAKAN KAMU
BUNGA-BUNGA CINTA BERPUTIK DI HATIKU
NAMUN KINI ENGKAU PERGI TINGGALKAN AKU
TERASA RESAH HATIKU TERINGATKAN KAMU

BERLALULAH SEGALA MEMORI INDAH BERSAMA
DIRIKU SAYU BAYANGMU MENJELMA
SAAT KAU MUNCUL MENDEKATI HATI INI
SELAMA INI DIKAU HADIR HIDUPKU BERSERI

OH JIWAKU DIULIT PAWANA
CINTA NAN MEMBARA MEMBALUTI SUKMA
GERIMIS TERHENTI BAGAI MERASAI
KICAU BURUNG PUN TURUT SUNYI

AWANAN BERLALU BERARAK KELABU
BAGAI MENANGISI DUKA DI HATIKU
TITISAN HUJAN MEMBASAHI TIADA TERHENTI
HINGGA TERUBAT HATIKU NAN SEPI

OH TUHANKU LINDUNGILAH AKU
DARI SEGALANYA DUKA NAN KELIRU
RINDU KU NAN MEKAR KINI PUDAR LAYU
SEMENJAK KAU PERGI BERLALU

OH YA ALLAH DAMAIKANLAH KALBU
HANYA DOAKU UTUS PADAMU
AGAR DIKAU BAHGIA TENANG BERSAMANYA
HINGGA AKHIR MASA

KOMPOSER : A PEACE
LIRIK : A PEACE



************************************************






************************************************




************************************************



************************************************



Sunday, October 30, 2011

KINI BERSAMA ...






(L)


PERTAMA KALI KITA BERTEMU

HATIKU TERUS TERPAUT DENGANMU

WALAUKU TAHU KAU UMPAMA ENGGANG

DIRIKU HANYA SEEKOR PIPIT

NAMUN DIRIMU TETAP KU CINTA


(P)


DUHAI KASIHKU DINDA PUN BEGITU

HANYA DIRIMU YANG TIDAK TAHU

KU BAGAIKAN PUNGGUK NAN RINDUKAN BULAN

WALAU IA TAK MUNGKIN JADI KENYATAAN

NAMUN CINTAMU TETAP KU DAMBA


(L/P)


KINI SEMUANYA TELAH BERUBAH

ENGKAU KINI ADALAH ISTERIKU

ENGKAU ADALAH SUAMIKU

KU HARAPKAN CINTA KITAKAN BERKEKALAN


(L)


ADA KETIKA KAU CUBA MENYISIH

HATIKU INI TERASA PEDIH

BAK SURIA MENGALIHKAN SINARAN

TINGGAL REMBULAN DALAM KEGELAPAN

DIRIKU INI BAGAI DIPINGGIRKAN


(P)


KANDAKU SAYANG JANGANLAH MERAJUK

NANTI SUSAHLAH DINDA YANG NAK KENA PUJUK

TANPAMU KASIH KU BAGAI SANG KUCING

GELISAH KERANA ANAKNYA MENGHILANG

CINTAKU HANYA PADAMU SEORANG


(L/P)


KINI SEMUANYA TELAH BERUBAH

ENGKAU KINI ADALAH ISTERIKU

ENGKAU ADALAH SUAMIKU

KU HARAPKAN CINTA KITAKAN BERKEKALAN



LAGU : A PEACE

LIRIK : A PEACE


NOTA :


(L) = VOKAL LELAKI


(P) = VOKAL PEREMPUAN





************************************************



Diriwayatkan daripada Anas R.A, katanya: Nabi S.A.W Bersabda, Mafhumnya :

“Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”


(Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)




************************************************





************************************************






************************************************

{SARJANA PANDIR}


Sunday, October 16, 2011

DIAM BUKAN BERMAKNA DAYUS !




******************************************************

"Bersikap diam dalam menghadapi orang BODOH ataupun orang GILA adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah kamu tahu, HARIMAU di hutan itu LEBIH DITAKUTI kerana diamnya sedangkan ANJING yang menyalak itu DILEMPAR DENGAN BATU??"



(الامام الشّافعي رضي الله عنه)


******************************************************





******************************************************

Dalam kehidupan sehari-hari, Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa memberikan pengajaran kepada para sahabatnya. Pada suatu hari, Nabi S.A.W. memberikan nasihat berikut kepada Muaz :

"Wahai Muaz, sekiranya terdapat kekurangan dalam amal perbuatanmu, jagalah kata-katamu supaya tidak jatuh dalam ghibah kepada saudara-saudaramu kaum Muslimin. Bacalah al-Quran, tanggunglah dosamu sendiri dan jangan engkau meletakkan dosamu kepada orang lain. Jangan engkau menyucikan dirimu dengan mencela orang lain. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia dalam amal perbuatan akhirat. Jangan engkau menyombongkan diri dengan kedudukanmu sehingga orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. Jangan engkau membisikkan sesuatu kepada orang yang berdekatan denganmu sedangkan ada orang lain di sekelilingmu. Jangan engkau berasa tinggi dan mulia daripada orang lain dan jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Sekiranya kamu melakukan hal-hal itu, nescaya di akhirat nanti, anjing-anjing neraka mengoyak-ngoyak tubuhmu."

Selanjutnya Nabi S.A.W. menjelaskan :

"Anjing-anjing yang berada di dalam neraka itu kelak mengoyak daging manusia yang suka menyakiti hati orang lain dengan kata-katanya. Anjing itu juga menggigit dan menghancurkan tulangnya."

Mendengar penjelasan Nabi S.A.W. itu, Muaz bertanya :

"Ya Rasul, siapakah yang mampu bertahan dalam keadaan seperti itu dan siapa pula yang terselamat daripadanya?"

Jawab Nabi S.A.W. :

"Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang dimudahkan serta diringankan oleh Allah."


******************************************************

Monday, October 10, 2011

Ceritera Cinta II


PETANDA CINTA ITU HADIR ...

'Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilakah ujian itu berlangsung, dan pada saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS untuk memberi semangat kepada kamu.'


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.'


'Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan lingkungan sekitar yang mungkin membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.'


'Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menempatkan kata-katamu di hatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau ucapkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan bagi orang yang mencintai kamu.'


'Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang flu, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.'


'Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari melaksanaan permintaanmu walaupun sesulit apapun.'


'Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.'


'Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.'


'Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban kerananya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.'


'Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.'


'Jika kamu merayakan hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya, maka setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.'


'Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, karena dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga - walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia boleh.'


'Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu sakit kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.'


'Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.'


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang berbicara di telepon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup karena kamu telah menyejukkan hatinya.


'Kalau kamu melihat HP-nya maka nama kamu akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu mengirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khusus dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.'






**********************************************


PETUA MENDAPAT PASANGAN




Mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta, tetapi mencari teman pengubat jiwa….



PETUA 1


Semua orang ada jodoh ataupun pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


PETUA 2


Jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh beserta Tawakkal, dengan izin Tuhan akan menemukan anda dengan pasangan anda.


PETUA 3


Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


PETUA 4


Seimbangkan hidup anda dengan sempurna supaya diri anda menjadi magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


PETUA 5


Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


PETUA 6


Supaya mudah disayangi, cuci hati dengan menjaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


PETUA 7


Sayangi semua orang di sekeliling anda supaya mereka juga menyayangi anda. Sekiranya anda membenci orang, ditakuti pasangan akan membenci anda.


PETUA 8


Orang yang sedang mencari pasangan mesti sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik.


PETUA 9


Bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. Bagi perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


PETUA 10


Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


PETUA 11


Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


PETUA 12


Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini.


PETUA 13


Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik patut disegerakan.


PETUA 14


Tidak salah untuk orang perempuan memulakan perkenalan. Orang lelaki sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang memulakan.


PETUA 15


Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat dengan menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa ataupun kurang sopan.


PETUA 16


Berbual dengan pasangan. Tahu apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


PETUA 17


Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera supaya bakal pasangan rasa selesa.


PETUA 18


Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


PETUA 19


Berdoa dan latih diri supaya kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


PETUA 20


Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap orang lain boleh menyebabkan bakal pasangan benci ataupun tidak tertarik kepada kita.


PETUA 21


Bagi wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


PETUA 22


Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan pemberian lelaki itu.


PETUA 23


Perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.


PETUA 24


Orang lelaki perlu belajar mengenai karenah orang perempuan seperti perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.


PETUA 25


Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk ataupun memalukan bakal pasangan.


PETUA 26


Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


PETUA 27


Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.


PETUA 28


Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifat dirinya sendiri.


PETUA 29


Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa ataupun fikir. Keserasian adalah tarikan.


PETUA 30


Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


PETUA 31


Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada pelbagai segi seperti fahaman politik, aktiviti keagamaan, hobi, sikap terhadap harta dan wang.


PETUA 32


Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain sekiranya mempunyai satu ataupun dua persamaan yang mendalam seperti suka bersukan, melancong ataupun ramai anak.


PETUA 33


Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak angkat gelas, serentak berdiri dan serentak hendak ke tandas.


PETUA 34


Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian seperti sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


PETUA 35


Dua insan mudah serasi apabila mempunyai pandangan yang sama menenai hubungan tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


PETUA 36


Kenal pasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri itu.


PETUA 37


Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda pasti tertarik kepada anda sekiranya anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta ataupun kedudukannya.


PETUA 38


Bakal pasangan pasti tertawan kepada anda sekiranya anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


PETUA 39


Keikhlasan amat penting dalam memuji ataupun memotivasikan bakal pasangan. Sekiranya anda didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada anda.


PETUA 40


Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna berbanding kawan lama.


PETUA 41


Ulang sebut perkataan, ayat ataupun slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan pasti dia tertawan kepada anda.


PETUA 42


Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


PETUA 43


Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang original bagi menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dihargai.


PETUA 44


Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian ataupun kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.


PETUA 45


Sekiranya bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


PETUA 46


Cari keunikan, kelainan ataupun kegilaan bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan itu. Ini buat dia rasa istimewa.


PETUA 47


Ramai pasangan sengsara apabila isteri terlalu cantik ataupun suami terlalu handsome. Justeru, cari pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


PETUA 48


Orang yang berasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan pada diri dan bentuk keyakinan diri. Keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


PETUA 49


Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


PETUA 50


Untuk menjadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


PETUA 51


Lelaki perlu mempamerkan sifat kelakiannya di samping sifat lembut dalam dirinya seperti lebih perihatin, memahami emosi, timbang rasa dan gunakan gerak batin.


PETUA 52


Perempuan perlu mempamerkan sifat kewanitaan di samping sifat maskulin seperti minat bersukan, memancing dan aktiviti macho yang lain.


PETUA 53


Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya ataupun sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


PETUA 54


Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan perlu elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya berkenaan sesuatu perkara, peristiwa ataupun situasi.


PETUA 55


Orang lelaki amat pantang apabila bakal pasangan menempelak ataupun menunjukkan kesilapan ataupun kebodohan lelaki itu. Ini cara terbaik bagi memutuskan hubungan.


PETUA 56


Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


PETUA 57


Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan perlu fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


PETUA 58


Sekiranya orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen ataupun cuba beri nasihat.


PETUA 59


Sekiranya lelaki marah, jangan sibuk bertanya kenapa. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa bagi dia merawat dirinya sendiri.


PETUA 60


Fahami orang lelaki suka bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




DOA-DOA PILIHAN


Ayat Seribu Dinar



Doa Pengasih 1



Mafhumnya :


Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Perkasa.


Doa Pengasih 2



Mafhumnya :


Katakanlah : ''Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.'' Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.



Doa Pendekat Jodoh



Mafhumnya :


Ya Allah...! Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Doa Pelindung daripada Sifat Negatif




Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari perasaan keluh kesah dan dukacita dan aku berlindung dengan-Mu dari sikap kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung dengan-Mu dari tekanan hutang dan kekerasan lelaki.



Doa Pelembut Hati




Mafhumnya :


Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Dialah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Maharaja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Berkuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.


Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.



(Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah)





VCD Petua Mendapat Pasangan yang memang BEST giler! Sangat bermanfaat bagi mereka yang sedang mencari pasangan hidup.





**********************************************