Musibah itu petanda Kasih Sayang Allah
Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa sedih;dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh)Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu [30].Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat;di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula)di dalamnya apa yang kamu minta [31]. Sebagai hidangan(bagimu)dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [32]."
(Surah Fussilat, Ayat 30-32)
Firman Allah S.W.T. lagi :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 186)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Apabila Allah telah menyintai hamba-Nya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba-Nya itu dan Allah akan ikatkan bala-Nya atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata : Wahai Tuhanku, sampaikan hajat hamba-Mu itu. Allah menjawab : Usah campuri urusan hamba-Ku itu. Sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata : Wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab : Selamat dan bahagialah wahai hamba-Ku. Tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu. Dan tidak engkau pohonkan sesuatu daripada-Ku, melainkan Aku berikan dan perkenankan buatmu. Adakalanya Aku simpan di sisi-Ku sesuatu yang lebih baik buatmu. Dan adakala Aku hindarkan bala atasmu dengan doa tersebut, iaitu (dihindarkan) dari cubaan dan bala yang lebih besar dari yang tersebut."
Nota : Allah S.W.T.itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Dia tidak akan sesekali menganiaya hamba-Nya, malah mahu memastikan para hamba-Nya beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat. Musibah yang mendatangi kita adalah nasihat atau peringatan Allah S.W.T.supaya para hamba-Nya tidak lalai atau lupa dari mengingati-Nya. Melalui musibah, kita akan sentiasa menginsafi diri dan berusaha mendekati-Nya, di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Oleh itu, terjaminlah keselamatan kita di dunia dan di akhirat.
"Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu...
Dalam senang... awasilah kealpaanmu...
Setitis derita melanda... segunung kurniaan-Nya"
(Lukisan Alam, Hijjaz)
#La Tahzan; Innallaha Ma'ana#
#Jangan Bersedih; Sesungguhnya Allah (sentiasa ada) bersama-sama kita#
Sabda Rasulullah S.A.W. :
ReplyDelete"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang Muslim dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada Hari Kiamat; barangsiapa memudahkan seorang yang mendapat kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat; dan Allah selalu akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya.
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi :
"Hak seorang Muslim atas seorang Muslim yang lain ada enam. Di antara para sahabat ada yang bertanya : Apa saja Ya Rasulullah? Baginda menjawab : Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam. Jika dia mengundangmu, penuhilah. Jika dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah. Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya. dan jika ia sakit, jenguklah, dan jika ia mati hantarkanlah jenazahnya..."
[Hadith Riwayat Muslim]
salam
ReplyDeletenak minta nasihat sikit boleh???
macam mane nak hilangkan perasaan sedih terhadap orang yang bertubi2 membuat seseorang tu rase sedeh...walaupun pade hakikatnye orang yang rase sedeh tu tak buat ape2 pon dekat orang yang buat tu....
saye suka la bace post kat blog ni...hope boleh update selalu :)
ikhlas dari hati :)
Salam adindaku kindhearted...
ReplyDeleteSemoga dalam Rahmat Allah sentiasa hendaknya..pertama sekali..kita kena sentiasa bersabar dalam apa jua dugaan yang mendatang kepada kita..
Untuk kes yang adinda kindhearted nyatakan itu, apa yang lebih penting kita tidak memusuhi mereka...jgn ada terdetik perasaan untuk bermusuhan dengan sesiapa..biar org membenci kita, tapi jgn kita membenci dan memusuhi org..
Sedangkan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.pernah bersabda :
Dari Abu Ayyub Al-Ansari R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Seorang lelaki tidak boleh bermusuhan dengan saudaranya lebih dari 3 malam. Kalau mereka bertemu maka yang ini memalingkan mukanya dan yang itupun memalingkan mukanya pula. Yang terbaik dari mereka itu adalah yang pertama memulakan ucapan Salam"
[Hadith Riwayat Imam Bukhari]
Apa yang terbaik ialah jgn terlalu fikirkan sgt mereka..kalau kita fikir kan mereka tetapi hati kita down, itu mudarat namanya..tak perlu itu..fokouskan pandangan Allah daripada pandangan manusia..abg syorkan adinda kindhearted dgr nasyid ni.. ni lirik nya..:
Mata Hati
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com/
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Kesimpulannya..jgn didengar kata2 or pandangan orang yang boleh melemahkan kita selagi kita tidak melanggar syarak..utamakan la pandangan Allah daripada pandangan manusia..:)