Suatu hari, Sayyidina Ali bin Abi
Talib R.A. berangkat untuk menunaikan solat Subuh berjemaah bersama Rasulullah
di masjid. Dalam perjalanan ke sana, beliau bertemu dengan seorang lelaki tua
berjalan bertatih-tatih dengan tongkatnya. Di tangannya memegang lampu untuk
menerangi jalan. Sebagai sikap rendah diri dan menghormati orang tua, Ali tidak
berani berjalan mendahului lelaki tua itu lalu mengikutinya dari belakang.
Disebabkan ini, tentunya Ali akan terlambat datang berjemaah di masjid. Namun
rupa-rupanya lelaki tua itu tidak singgah solat di masjid serta meneruskan
perjalanan kerana dia merupakan orang Nasrani! Ketika masuk ke masjid, Ali
menemui Rasulullah S.A.W. sedang rukuk. Nabi S.A.W. pada ketika itu
memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang sehingga Ali boleh
mengikutinya menjadi makmum. Selesai solat Ali bertanya:
“Ya
Rasulullah, mengapa engkau memanjangkan rukukmu, suatu hal yang belum pernah
kulihat selama ini,” tanya
Ali.
“Ketika
aku rukuk dan membaca Subhaana Rabbiyal ‘Aziimi, sebagaimana biasanya aku akan
berdiri tegak. Sebelum kepalaku tegak, Malaikat Jibrail A.S. telah mendahuluiku
menekan punggungku agak lama. Setelah lama menekan punggungku aku baru boleh
mengangkat kepalaku membaca iktidal,” jawab
Rasulullah S.A.W.
Mendengarkan penjelasan Baginda S.A.W. itu, Ali
lalu menceritakan peristiwa yang baru sahaja dialaminya dalam perjalanan ke
masjid itu. Rupa-rupanya Allah S.W.T. telah memberi isyarat kepada Rasulullah
S.A.W. agar Sayyidina Ali R.A. boleh ikut berjemaah Subuh dengan Rasulullah
S.A.W. Bukan itu sahaja riwayat yang mengagumkan Sayyidina Ali R.A. ini.
Diceritakan pada waktu itu juga, Malaikat Mikail A.S. diperintahkan Allah
S.W.T. untuk menahan lajunya matahari hanya agar Ali tidak ketinggalan solat
Subuh berjemaah di masjid bersama Rasulullah S.A.W.
*****************************
Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :
“Bagi orang yang berbuat ihsan mereka akan mendapat syurga dan tambahan (melihat Wajah Allah).”
(Surah Yunus, Ayat 26)
Firman Allah S.W.T. lagi :
“Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia.”
(Surah Ali 'Imran, Ayat 112)
**************************
No comments:
Post a Comment