Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah S.W.T. iaitu seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah S.W.T., seorang PENULIS yang selalu memberi PENAWAR dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.”
(H.R. Thabrani)
Dari seorang
kanak-kanak jalanan yang nakal hingga ke menara gading seterusnya menjawat
jawatan tertinggi dalam pengurusan sebuah universiti tersohor, itulah Naib
Canselor Universiti Teknologi MARA, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid
Abu Bakar, FASc, PEng. Beliau telah ditakdirkan Allah S.W.T. untuk berjaya. Daripada
seorang insan kerdil, yang dahulunya hidup dalam serba kepayahan dan terpaksa
mengharungi pelbagai liku kesempitan kehidupan, kini beliau telah menjadi bukti
dalam lipatan sejarah kerana berjaya meraih satu pencapaian yang tertinggi
dalam sebuah institusi pengajian tinggi. Pencapaian tertinggi ini bukan sahaja
untuk dirinya dan keluarganya malahan ia kejayaan dan kebanggaan untuk seluruh
masyarakat umum dan warga UiTM khususnya.
Beliau berpegang
kepada falsafah iaitu obstacles are power generatorsbermaksud “Cabaran
adalah penjana kuasa.” Sepanjang pengalaman yang lalu beliau sentiasa diuji dan
dicabar serta berdepan dengan pelbagai halangan. Namun segala ujian dan
kesukaran itu mampu ditangani dengan baik. Beliau seorang yang berpegang kepada
prinsip dan mempertahankan apa yang beliau percaya. Sikapnya yang tegas dan
berdedikasi telah meletakkan UiTM sebagai sebuah universiti unggul bertaraf
dunia.
Di antara sumbangannya
yang besar ialah mencetuskan idea inovasi dan seterusnya mewujudkan peluang
baru dalam program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Kejayaan program
ini yang telah memberi peluang pendidikan percuma kepada golongan miskin
dan luar bandar dari kalangan masyarakat Bumiputra adalah sesuatu yang
memberangsangkan.
Sekiranya ibu Tan Sri masih ada, beliau pasti akan berbangga dengan pencapaian anaknya
kini. Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, banyak pesanan ibu yang
membimbingnya hingga kini terutama ketika peristiwa dia dipukul hingga berdarah
bibirnya. Ibunya menjerit dalam dialek Pulau Pinang siapakah yang
mencederakannya? Dan jika beliau tidak bersalah, beliau mesti bangun melawan
kembali demi untuk mendapatkan hak kebenarannya. Dengan pengalaman sebagai ibu
yang gigih membesarkan sembilan orang anak-anak, pastinya ibunya tidak akan
membiarkan anak sulungnya asing dari undang-undang kehidupan yang mencabar di
luar. Padanya dalam realiti hidup ini hanya yang berjiwa kental akan berjaya.
Berbekalkan
semangat waja ibunya yang sangat dikasihi, Tan Sri terpaksa menghabiskan usia
mudanya bekerja keras di jalanan untuk menyara kehidupan diri dan keluarganya.
Namun pengalaman itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ia menjadi batu
loncatan untuknya sebagai street smart kid (kanak-kanak jalanan yang
bijak) untuk beliau mempelajari, mengetahui dan mengurus kehidupan dengan lebih
baik. Pengalaman sebagai pemandu pelancong kepada tentera Amerika yang
berkhidmat di Vietnam dan pelancong-pelancong asing lain membawa mereka melawat
tempat-tempat makan yang menarik, tempat bersejarah dan mengenali budaya
tempatan sekitar Pulau Pinang, telah banyak meningkatkan kemahiran bahasa
Inggerisnya.
Beliau telah
berkawan dengan kanak-kanak berbangsa Cina dan telah mempelajari Bahasa
Hokkien. Beliau juga meminati filem Hindustan dan sukan tinju Thai, Muay Thai. Beliau
meneruskan minatnya dan berlatih bersungguh-sungguh hingga berjaya memenangi
pertandingan tinju. Wang hasil dari kemenangan diserahkan kepada ibunya.
Semasa bekerja
sambilan di sebuah kedai gunting rambut beliau bijak menggunakan masa lapang
untuk membaca majalah Readers Digest. Secara tidak langsung memperbaiki
penguasaan Bahasa Inggerisnya beliau.
Pada suatu hari,
nasibnya telah berubah. Seorang lelaki Melayu yang menyaksikan perlawanan tinju
telah memilihnya dan membantunya mengisi borang untuk memohon masuk ke Institut
Teknologi MARA (ITM). Di sinilah bermulanya perubahan nasib beliau. Apabila
menerima surat
tawaran kursus Pra Diploma, ibunya tidak mempunyai apa-apa walaupun sebuah beg
untuk pakaian. Untuk menghantarnya ke UiTM, ibunya terpaksa meminjam wang dan
menggunakan pakaian yang didermakan orang. Beliau melangkah kaki ke menara
gading tanpa menyedari inilah nasib yang telah ditentukan Allah S.W.T. Ianya
menjadi detik bersejarah yang akhirnya mengubah destininya selama-lamanya.
Kehidupannya
sebagai seorang pelajar penuh rintangan dan tidak sama seperti pelajar-pelajar
lain. Beliau terpaksa bekerja di tapak pembinaan untuk menyara pengajian dan
menanggung adik-adiknya. Akhirnya beliau gagal buat kali pertama.
Semasa pulang ke
kampung dengan penuh kesedihan dalam keretapi, beliau telah disapa oleh seorang
lelaki budiman yang lengkap berbaju melayu hitam dan bersongkok segak. Setelah
mendengar rintihan beliau, lelaki melayu itu bertanya empat soalan yang memberi
kesan yang mendalam dalam hidupnya.
Adakah kamu sembahyang?
Adakah kamu percaya kepada Tuhanmu?
Adakah kamu sayangkan ibumu?
Adakah kamu ingin membantu kanak-kanak miskin sepertimu,
di masa hadapan?
Jawapan beliau adalah Ya kepada semua
soalan yang telah diajukan.
Akhirnya keretapi sampai ke Bagan Serai. Melalui
nasihat yang diterimanya dari lelaki budiman itu, beliau memahami semua
soalan-soalan itu dan itu membuatnya terus bersemangat dan tidak menoleh ke
belakang lagi. Siapa sahaja yang diajukan pertanyaan sebegini akan berfikir
panjang untuk menghargai dan lebih memahami erti kehidupan ini.
Mengetahui kesungguhan dan masalah yang dihadapi,
seorang pensyarah Fiziknya yang berbangsa Cina bernama Miss Tan bersetuju
menawarkan bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajiannya. Beliau
kemudiannya diberi peluang kedua yang istimewa, terpulang kepadanya menggunakan
dengan sebaik mungkin.
Menurut beliau, setiap PINTU yang bertanda
‘PUSH’ merupakan satu peluang, ia adalah pintu kepada segala kejayaan. Jika anda tidak membukanya bermakna anda
tidak membuat apa-apa untuk diri anda.
Dalam kalangan pelajar universiti hari ini, beliau
seorang yang mesra pelajar dan dikenali sebagai ayahanda di laman sosialnya
yang mencecah 55,000 orang rakan Facebook. Beliau sebenarnya seorang yang mudah
didekati oleh golongan pelajar. Beliau sedia menerima idea baru dan seorang
pendengar yang baik kepada semua masalah yang dihadapi pelajar.
Dalam usianya yang mencecah 60 tahun ini, beliau
amat aktif dan kekal bersemangat. Beliau juga amat bertuah kerana mempunyai
isteri yang penyayang iaitu Prof. Puan Sri Datin Sri Dr. Hanizah Abdul Hamid, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM. Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan.
Selain mempunyai PhD dalam bidang Kejuruteraan
Awam dari University Sussex, United Kingdom, beliau turut memiliki dua sarjana
serentak dalam Kejuruteraan Awam dan Ekonomi dari Colorado State University di
Amerika Syarikat. Pada tahun 2011, Universiti Stuttgart, Jerman telah
menganugerahkan beliau Ijazah Doktor Kehormat.
“Destini telah mendorong saya ke jalan
yang betul.......selebihnya saya berusaha sedaya mungkin untuk mencorakkan masa
depan saya.”
Sebagai tokoh ternama yang berjawatan
tinggi, beliau tidak terkecuali untuk berdepan dengan pelbagai pihak. Beliau
tetap bertahan dan berpegang kepada prinsip yang betul. Ini adalah kesan
pengalaman hidupnya yang telah lama berjuang di gelanggang kehidupan yang
mencabar sebelum ini. Beliau turut memberi nasihat berpandukan prinsip Muay
Thai yang diminatinya bahawa seseorang pejuang itu tidak akan berundur dari
sesebuah gelanggang sehinggalah tamat perlawanan.
Beliau juga percaya golongan
muda hari ini perlu mendengar dan menerima nasihat yang baik dengan pendekatan
yang betul, disamping mengamalkan teknik pemikiran yang strategik.
Hakikatnya terdapat banyak
kritikan dan pertembungan pendapat dalam kerjayanya namun segalanya ditempuh
dengan semangat juangnya yang kental dan tidak mengenal erti kalah.
Sumber : THE STAR 18 Nov 2012
******************************
Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :
“Wahai
anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan
saudaranya. Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan
Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf, Ayat 87)
Firman Allah S.W.T. lagi, yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri
yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka.”
Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah
(dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah
(dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik
dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan
yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia
mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku
bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu
bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka
katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia
memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
****************************************
Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :
“Wahai orang2 yang beriman!
Jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu
adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang, dan janganlah
sebahagian kamu mempergunjingkan (mengumpat, memburuk-burukkan) sebahagian yang lain. Apakah salah seorang
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, padahal kalau kamu
dikemukakan daging mayat maka kamu membencinya. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan senantiasa mencurahkan rahmat-Nya”
IBU (KEKASIH SEJATI) DALAM REDUP MATAMU ITU TERSIMPAN KEMAS MAKNA SERIBU BICARA CITA MENGGUNUNG TINGGI NUKILAN BUAT ANAKMU INI POHONAN HIJAU UTUH MERIMBUN TEMPAT UNGGAS MENUMPANG TEDUH AGUNGNYA JASAMU NAN MENIMBUN TEMPAT KASIHKU TUK BERLABUH KEPAYAHAN HIDUP SANGGUP KAU REDAHI WALAUPUN BERTEMAN AIR MATA AZIMAT KETABAHAN TEGUH DALAM DIRI DEMI MELIHAT ANAKMU BERJAYA DI MANA KAN KU CARI KEKASIH SEJATI SEPERTIMU IBU YANG KU SAYANGI
OH TUHANKU BERIKANLAH IBU RAHMATMU OH TUHAN DI DUNIA AKHIRAT BAHGIA BERPANJANGAN
"Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali."
الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا
محمّد و على اله و أصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan
sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang
penuh keberkatan ini, bersempena dengan (Nama Program), kami sekalian hamba-Mu Ya
Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang
berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai
Keredhaan-Mu.
Ya Allah,
jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah
perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang
berbilang kaum ini.
Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah
sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi
amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan
dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau
sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap
tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat,
agama dan negara.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah
kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami,
pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya
Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar
kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu,
masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau
kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk
membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk
menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga
dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di
bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan
yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu.Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.
"Sesungguhnya Tuhan itu Hidup lagi amat pemurah. Dia malu apabila hamba-Nya yang mengangkat kedua-dua tangan kepada-Nya, kemudian Dia pulangkan kedua-dua tangan itu dalam keadaan kosong"
Nota : Tiada hakcipta dalam Islam. Teks doa ini boleh disalin dan digunakan di dalam mana-mana majlis yang bersesuaian, oleh mana-mana pihak sekalipun. Semoga bermanfaat Insya Allah.
KERNA TAKDIR SENYUMAN TERUKIR DI RAUT WAJAHKU PABILA TERBAYANG MEMORI CINTA DULU KETIKA DIRI MELAFAZ KATA CINTA PADA SEORANG INSAN YANG KU RINDU
PABILA DIRIKU TERDAMPAR DI PANTAI SEPI DIRIMU HADIR DENGAN PAWANA CINTA MENGUBAH SETIAP LANGKAH HATI INI DARI BELENGGU KESUNYIAN
DI WAKTU ITU KU DILIMPAHI BAHAGIA TETAPI DETIK ITU TELAH BERLALU DENGAN DIRIMU TELAH PERGI UNTUK MENGGAPAI CITA - CITA
KINI KAU MASIH RATU HATIKU WALAUPUN DIRIMU JAUH DARIKU AKANKU TETAP SETIA MENUNGGU KERNA KU PERCAYA TAKDIR ILAHI JODOH KITA BERSEMI
SETIAP DETIK YANG KU LALUI RINDUKU PADAMU MAKIN MEMEKAR KU POHON PADA-MU TUHAN YANG ESA TETAPKANLAH JODOHKU DENGANNYA DI DALAM DIARI TAKDIR-MU OH TUHAN KOMPOSER :A PEACE LIRIK :TAJ/ A PEACE
************************************************
Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :
“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (Silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”
DALAM KELAM MALAM KU TERKAPAI LEMAS KALBU DIGENANGI DUKA KENANGAN PILU KEMBALI MELAMBAI MEROBEK HATI MENOREH LUKA
SINAR FAJAR SINARI SEMESTA TERANGI SANUBARI YANG KEGELAPAN BAYU BERHEMBUS TENTERAMKAN JIWA MENGINGATKAN DAKU PADA-MU TUHAN
KALA ITU AKU KESEPIAN NAMUN SEMUANYA TELAHPUN BERUBAH DENGAN KEHADIRANMU DUHAI TEMAN MENGUATKAN HATI INI SEMAKIN TABAH
RANJAU HIDUP NAN BERDURI MENYIAT HATIKU DI MANAKAH PILU KAN BERAKHIR DUKA DAN LARAKU IZINKANKU UNTUK MENEGUK WALAU SETITIS EMBUN BUAT MENGALAS DAHAGA RINDU YANG TERHIMPUN
SAHABATKU KAU KAN SENTIASA DI INGATAN TERIMA KASIH TEMAN UNTUK SEGALANYA SEGALA MEMORI INDAH AKAN KU SIMPAN MOGA IKATAN UKHUWAH ABADI SELAMANYA
SELAMAT TINGGAL...TEMAN...
KOMPOSER :A PEACE LIRIK :A PEACE
************************************************
************************************************
TITIPAN UCAPAN SELAMAT TINGGAL TERBAIK MENURUT RASULULLAH S.A.W.
Dari Ibnu Umar R.A., yang mempunyai beberapa sanad, di antaranya: Dari Quza’ah, ia berkata:
“Ibnu Umar R.A. mengutusku untuk suatu keperluan. Lalu ia berkata: ‘Kemarilah, aku akan mengucapkan selamat jalan kepadamu, sebagaimana ucapan selamat tinggal Nabi S.A.W. kepadaku ketika beliau mengutusku untuk suatu keperluan. Kemudian Baginda S.A.W. mengucapkan:
“Aku menitipkan agamamu, amanatmu untuk segala akhir perbuatanmu kepada Allah”.
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (n0. 2600) Imam Hakim (2/97), Imam Ahmad (juz 2/25, 38 dan 136), dan Imam Ibnu Asakir (14/290/2 dan 15/469/1) diperoleh dari Abdulaziz bin Umar bin Abdulaziz yang mendengarnya dari Quza’ah
Suara nyanyian nasyid secara solo pernah ke udara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2000 serta pernah menjuarai beberapa pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri sekitar tahun 2001-2007 serta peringkat universiti dari tahun 2008-2011. Juga merupakan Finalis bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan Cemerlang dan Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Se-Malaysia, selaku Yang Di Pertua/Presiden/Amir Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) Sesi 2008/09. Persatuan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka pimpinannya telah menjulang pengiktirafan menerima Anugerah Kelab / Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Melaka 2009, pertama kali dalam sejarah penubuhan persatuan tersebut yang telah diasaskan pada tahun 2000. Memegang kepada prinsip hidup berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Hai orang-orang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu" - Surah Muhammad; Ayat 7.
Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor. 23Hb Januari 2011 (Sabtu) Di hening pagi yang cukup mendamaikan itu, ...
Jalinan Ukhuwah
Sahabat Sejati (^_^)
Kenangan Terindah...
Anugerah Kecemerlangan Kerohanian, Anugerah Kelab Persatuan Cemerlang (AKPC) UiTM Kampus Melaka 2009
Plak Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang UiTM Melaka
Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UiTM 2011 M / 1432 H
Piala Iringan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UiTM 2011 M / 1432 H
Sijil Imam Profesional oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam, Selangor pada tanggal 17 Mac 2012 M Bersamaan 24 Rabi'ul Akhir 1433 H.
Sijil Seminar Rawatan Islam Siri 1 Bersama Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Darussyifa' & Pengacara al-Kuliyyah TV3), Anjuran bersama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (MSSAAS), Shah Alam, Selangor & Saffron Integrated Marketing pada tanggal 16 April 2011.
Sijil Bengkel Asas Penulisan Novel Buku Prima bertarikh 19 Februari 2012, Bertempat di Akademi Karangkraf, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Muhasabah Cinta - Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Dilahirkan pada tanggal keramat, 3Hb Oktober 1988 tepat jam 11.11 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Lalang (1995-1998) dan Sekolah Kebangsaan Jelawat (1999-2000), kemudian meneruskan pelajaran peringkat menengah di Maahad Ya'akubiah Nipah (2001-2004) dan Maahad Amir Indera Petra (2005-Jun 2007), dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Melaka dalam jurusan Diploma Komunikasi Dan Media serta jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam di UiTM Kampus Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Suara nyanyian secara solo pernah ke udara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2000 serta pernah menjuarai beberapa pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri sekitar tahun 2001-2007. Pernah diamanahkan oleh pihak Istana Di Raja Kelantan serta Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengetuai seramai 1000 orang ahli nasyid mewakili 51 buah pasukan nasyid terdiri daripada para pelajar sekolah agama YIK seluruh Kelantan sebagai VOKALIS, membuat persembahan nasyid bersempena dengan Majlis Taman Di Raja bertemakan “Sepetang Bersama Seribu Penasyid” bagi menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Yang Ke-51 di Istana Negeri Kelantan, di hadapan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Kini KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V), kerabat-kerabat Di Raja Kelantan, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pembesar negeri dan seluruh rakyat jelata pada tahun 2001.
Juga merupakan Finalis bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan Cemerlang Peringkat UiTM Se-Malaysia, selaku Yang Di Pertua / Amir Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka Sesi 2008/09 ke Malam Anugerah Kecemerlangan Persatuan Dan Kelab UiTM 2009 bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Malaysia Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Persatuan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka pimpinannya telah menjulang pengiktirafan menerima Anugerah Kelab / Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Melaka 2009, pertama kalinya dalam sejarah penubuhan persatuan tersebut yang mula-mula sekali diasaskan pada tahun 2000.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama bagi Kelab Masscomm Integration Islamic Students (MIIS) yang kini dikenali dengan nama Kelab Kesenian Islam (INSPIRASI) UiTM Melaka. Kelab ini telah meraih 4 anugerah utama bersempena dengan Malam Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang UiTM Melaka 2010 pada tanggal 12 Oktober 2010 iaitu Piala Emas Kelab/Persatuan Cemerlang Seluruh UiTM Melaka 2010, Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang, Anugerah Khas Kreativiti dan Inovasi Terbaik serta Anugerah Khas Kerohanian Terbaik. Beliau merupakan Timbalan Presiden (MIIS) serta Ketua Biro Furqan (INSPIRASI) pertama bagi kelab tersebut.
Disamping itu, beliau juga merupakan ahli kumpulan nasyid Entertainment Voice of Islamic Students (EVOIS) yang pernah berkongsi pentas membuat persembahan bersama-sama Kumpulan Ruffedge, Fabulous Cats, In Heart, Muadz Al-Asrar serta ramai lagi artis terkenal tanahair pada Konsert Malam Amal Gaza-Palestin bertempat di Kompleks Sukan UiTM Malaysia Shah Alam, anjuran Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Malaysia, Shah Alam pada tahun 2008, yang mendapat liputan meluas oleh pelbagai media cetak & elektronik di Malaysia.
Memegang kepada prinsip hidup berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Hai orang-orang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu."