Friday, December 24, 2010

ORANG BERIMAN ITU UMPAMA JASAD YANG SATU ...


"Tidak (dianggap) beriman setiap seorang dari kalangan kamu semua, sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."

Sabda Rasulullah S.A.W., mafhumnya :
"Orang yang beriman itu umpama jasad yang satu"

Metaforanya ialah, cuba kita hiris jari kita dengan pisau hingga berdarah! apakah selepas itu kita dapat melihat semua anggota badan yang lain hanya ketawa berdekah-dekah melihat sahabat mereka (JARI) bersendirian menahan kesakitan??

Sesungguhnya tidak! mana mungkin ianya akan bisa berlaku sedemikian: di kala itu ...

**************************************************
MATA akan mengalirkan mutiara tangisan yang bergenang di kelopak mata,
HIDUNG akan mengeluarkan mukus tanda perit yang dirasai,
MULUT akan mengaduh kesakitan & mengeluarkan saliva tanda berkongsi rasa dengan JARI,
TANGAN kanan & kiri akan memangku antara satu sama lain dengan penuh rasa simpati,
kedua belah KAKI akan tunduk bersimpuh;
**************************************************

Seluruh anggota badan akan turut sama berkongsi rasa, suka & duka di antara satu sama lain.

Tiada apa yang mampu memisahkan mereka buat selama-lamanya...

{Sarjana Pandir}

************************************************

Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya :

"Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam"

{Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim}

************************************************

1 comment:

  1. MENZIARAHI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN

    Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya :

    "Mahukah aku beritahu kepada kalian tentang para penghuni Syurga? Mereka berkata : "Tentunya wahai Rasulullah," maka Baginda Bersabda : "Nabi itu di Syurga, orang yang jujur di Syurga dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di Syurga"

    (Hadith Riwayat At-Thabrani)

    ReplyDelete