Wednesday, March 24, 2010
TARANNUM AL-QURAN
Tilawah Al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.
Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur pada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.
Melagukan Al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan Al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.
Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dengan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu Al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.
Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas Bin Malik, Said Bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadith yang berbunyi :
"Bacalah Al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca Al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempersona dan menakjubkan orang saja."
Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan Al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang sesiapa mendengarnya.
Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Al-Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadith Nabi, antaranya :
"Daripada Barra' Bin Azib berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda (maksudnya) : Seseorang yang mahir membaca Al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah Al-Quran dengan suaramu."
Menurut Imam Mawardi, melagukan Al-Quran itu boleh selagi ia tidak keluar daripada hukum tajwid sehingga merosakkan bacaan.
Ijmak ulama mengatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan Al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.
Pensyarah Al-Quran dan Tarannum, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman Al-Hafiz Ibrahim berkata, masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadith sahih Rasulullah S.A.W. yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum katanya, ialah berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertarannum dengan Al-Quran"
[Shahih Bukhari : 6/273]
"Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar," katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah S.A.W. supaya membaca Al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadith bermaksud :
"Hiasilah Al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan Al-Quran."
[Riwayat Hakim 1/768]
"Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah S.A.W. ini. Jika tidak, bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan Al-Quran.
"Seorang yang berkata tidak mampu bertarannum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.
"Mereka sebenarnya tidak belajar tarannum yang betul untuk Al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.
"Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca Al-Quran dengan baik, malah salah," katanya.
Punca perkara itu katanya hanya satu; kerana tidak belajar tarannum Al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadith, fiqah dan lain-lain.
"Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat pula, mereka yang lemah dalam membaca Al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum," katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadith yang menegaskan supaya membaca Al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadith yang bermaksud :
"Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan Al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu sahaja."
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan Al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah S.A.W.
"Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu samada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila Al-Quran diturunkan, Rasulullah S.A.W. mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum Al-Quran."
[Fath Al-Bari 6/69]
"Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar R.A. meminta Abu Musa Al-Asya'ari (qari ulung dikalangan sahabat) membaca Al-Quran dihadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar R.A., sesiapa yang mampu untuk bertarannum seperti Abu Musa, silalah."
[Syarah Al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342]
"Asasnya disini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan Al-Quran," katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu-lagu seperti berikut :
1) Bayati (dimasyhurkan orang Mesir)
2) Soba (berasal dari Arab Mesir)
3) Hijaz (berasal dari Hijaz, iaitu Makkah dan Madinah)
4) Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi)
5) Rast (berasal dari Parsi)
6) Jaharkah (berasal dari Afrika)
7) Sikah (berasal dari Parsi)
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca Al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
"Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah Al-Quran.
"Namun, asas dalam tarannum Al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
"Tarannum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi," katanya.
Cuma katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan mufasyahah (belajar secara langsung dan menghadap guru).
"Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran Al-Quran," katanya.
[Dipetik daripada Harian Metro, 1 Ogos 2007]
Tuesday, March 9, 2010
DASAR PEMILIHAN SUAMI DAN ISTERI
Dasar Pemilihan Isteri
Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut Syara'. Antaranya :
1) Perempuan yang Ta'at Beragama
Sabda Nabi S.A.W. :
"Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"
2) Berketurunan yang Baik dan Dibesarkan dalam Persekitaran yang Sempurna Akhlaknya
Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah S.W.T. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri.
3) Perempuan yang Subur dan berpotensi Melahirkan Ramai Anak
Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.
4) Sekufu atau Hampir Sekufu
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah bakal suami itu terlalu jauh umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua daripada wanita.
5) Masih Gadis atau Anak Dara
Dasar Pemilihan Suami
1) Kuat Agama dan Berakhlak Mulia
Lelaki Soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak perempuan.
Menerusi Hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.
Maksudnya : "Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
2) Bukan Keluarga Terdekat
Tidak digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga terdekat.
3) Bebas daripada Penyakit Berat
Penciptaan kau dari rusuk lelaki
Peranan isteri begitu penting kerana segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandungkan, mendidik anak-anak, menyimpan rahsia, menjaga maruah suami dan sebagainya.
Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut Syara'. Antaranya :
1) Perempuan yang Ta'at Beragama
Sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya : "Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan."
Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang ta'at beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.
Dalam Hadith lain, Rasulullah S.A.W. menyifatkan wanita yang maksudnya :
"Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"
2) Berketurunan yang Baik dan Dibesarkan dalam Persekitaran yang Sempurna Akhlaknya
Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah S.W.T. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri.
3) Perempuan yang Subur dan berpotensi Melahirkan Ramai Anak
Nabi Muhammad S.A.W. akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada Hari Qiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa. Sebagaimana Hadith Riwayat Imam Ahmad yang bermaksud :
"Nikahilah perempuan yang subur, kerana salah satu sebab yang membuat aku berbangga di hadapan rasul dan nabi lain pada Hari Qiamat ialah jumlah kamu yang ramai."
"Nikahilah perempuan yang subur, kerana salah satu sebab yang membuat aku berbangga di hadapan rasul dan nabi lain pada Hari Qiamat ialah jumlah kamu yang ramai."
Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.
4) Sekufu atau Hampir Sekufu
Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah bakal suami itu terlalu jauh umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua daripada wanita.
Namun, apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.
5) Masih Gadis atau Anak Dara
Rasulullah S.A.W. menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang Sahabat, Jabir R.A. Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.
6) Pasangan Bukan daripada Keluarga Terdekat
Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.
Dasar Pemilihan Suami
1) Kuat Agama dan Berakhlak Mulia
Lelaki Soleh ialah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak perempuan.
Menerusi Hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.
Maksudnya : "Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
2) Bukan Keluarga Terdekat
Tidak digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga terdekat.
3) Bebas daripada Penyakit Berat
Seorang lelaki mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya daripada berkahwin seperti gila, kusta, HIV-AIDS dan lemah syahwat.
Penciptaan kau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Thursday, March 4, 2010
PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)
(Penggubal dasar, pemikir dan perancang strategik, perunding khidmat nasihat dan pelaksana dasar-dasar kebajikan)
BIDANG TUGAS
1. Pengurusan Sumber ekonomi
2. Pengurusan Sumber Kewangan
3. Pengurusan Teknologi Maklumat (ICT)
4. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
5. Perancangan, Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
6. Pentadbiran, Pembangunan Wilayah, Perbandaran Tanah, daerah dan Kerajaan Tempatan
7. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
8. Keselamatan dan Pertahanan Negara
PROSPEK KERJAYA
* Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Jabatan-Jabatan, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah (D.O.), dan lain-lain.
GAJI+ELAUN
* Gred M41 dari RM 1733.59 hingga RM 4604.92 (P1T1 hingga P3T24)
* Gred M44 dari RM 2628.99 hingga RM 4800.94 (P1T1 hingga P2T14)
*Gred M48 dari RM 3849.88 hingga RM RM 5595.91 (P1T1 hingga P2T8)
*Gred M52 dari RM 4331.46 hingga RM 6106.53 (P1T1 hingga P2T8)
*Gred M54 dari RM 4568.62 hingga RM 6488.89 (P1T1 hingga P2T8)
* JUSA dari RM 9780 hingga RM 18260 (JUSA C hingga KSN)
Bagi Pegawai bukan JUSA, elaun-elaun yang dinikmati :
* Imbuhan Tetap Khidmat Awam
*Imbuhan Tetap Perumahan
* Imbuhan Tetap Keraian
Bagi Pegawai Gred JUSA, elaun-elaun diatas dan tambahan elaun-elaun :
* Imbuhan Tetap Jawatan Utama
* Elaun Bayaran bantuan Gaji Pemandu
* Bayaran Menyelenggara Rumah
* Bayaran Bantuan Orang Gaji
* Kemudahan Kenderaan Kerajaan
* Bayaran Bil Elektrik, Air dan Telefon
PENEMPATAN
* Pada peringkat Gred M41, sekurang-kurangnya 3 penempatan dalam core-business PTD dan di beberapa peringkat : Agensi Pusat, Kementerian, dan Jabatan.
PROSPEK KERJAYA
1. Perwakilan Luar Negara, Duta
2. Pengurus Besar KESEDAR, FERDA
3. LHDN, MIMOS, MDC, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Aset Keretapi Tanah Melayu, Universiti Malaya, Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), IKIM
4. Antarabangsa : Bank Dunia, bank Pembangunan Islam, Bank Pembangunan Asia, Commonwealth Secretariat, International Timber Trade Organization.
TOKOH-TOKOH PTD
1. Tan Sri Abdullah Salleh - Bekas Ketua Setiausaha Negara
2. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid - Bekas Ketua Setiausaha Negara
3. Tan Sri Hashim Ali - Bekas Ketua Setiausaha Negara
4. Tan Sri Samsudin Osman - Bekas Ketua Setiausaha Negara
5. Dato' Seri Shahidan Kassim - Bekas Menteri Besar Perlis
6. Tan Sri Razali Ismail - Bekas Duta Besar Malaysia
Sumber :
http://asia.geocities.com/ptd_alaf_baru/
Subscribe to:
Posts (Atom)