Saturday, July 21, 2012
DOA PERASMIAN MAJLIS
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا
محمّد و على اله و أصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan
sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang
penuh keberkatan ini, bersempena dengan (Nama Program), kami sekalian hamba-Mu Ya
Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang
berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai
Keredhaan-Mu.
Ya Allah,
jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah
perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang
berbilang kaum ini.
Tanamkanlah
sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi
amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan
dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau
sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap
tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat,
agama dan negara.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah
kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami,
pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya
Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar
kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu,
masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau
kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk
membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk
menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga
dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di
bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan
yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu. Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.
اللهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا , وَتَفَرّقَََنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقا
مَعْصُوْمًا , وَ لاَ تَجْعَلِ اللهُمَّ فِيْنَا وَ لاَ مَعَنَا وَ لاَ مَنْ يَتْبَعُنَا
شَقيًّا وَ لاَ مَطْرُودًا وَ لاَ مَحْرُوْمًا.
اللهُمَّ اجْعَلْ
خَيْرَ أعْمَاِرنَا ءَاخِرُهْ وَ خَيْرَ أعْمَالِنَا خَوَاتِمُه وَ خَيْر أياّمِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْه
اللهُمّ اغْفِرْلَنَا
ذنوْبَنَا وَلأِخْوَانِنَا الذِيْنَِ سَبَقونَا بِالأِيْمَان وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قلُوبنَا غِلاًّ لِلذِيْنَ ءَامَنُو رَبَنَا اِنَّكَ رَءُوْفُ رَّحِيْم
ربنا ءاتنا
في الدنيا حسنه و في الاخرة حسنه و قنا عذاب النار
و صلىّ
الله على سيّدنا محمّد و على ءاله و صحبه و سلم , والحمد لله ربّ العالمين
*************************************************************
Sabda Rasulullah S.A.W., Mafhumnya :
"Sesungguhnya Tuhan itu Hidup lagi amat pemurah. Dia malu apabila hamba-Nya yang mengangkat kedua-dua tangan kepada-Nya, kemudian Dia pulangkan kedua-dua tangan itu dalam keadaan kosong"
{Hadith Riwayat Abu Daud}
*************************************************************
Nota : Tiada hakcipta dalam Islam. Teks doa ini boleh disalin dan digunakan di dalam mana-mana majlis yang bersesuaian, oleh mana-mana pihak sekalipun. Semoga bermanfaat Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)