Monday, April 26, 2010

DOA TERHIJAB


10 SEBAB DOA TERHIJAB

"Wahai Ibrahim Adham (Wali Allah), Kami telah berdoa kepada Allah S.W.T. namun masih belum diperkenankanNYA. Beritahu kami, apakah sebabnya?"

Ibrahim Adham Rahimahullah menjawab : "Terhijabnya doa disebabkan sepuluh perkara......"


1) Kamu mengenali Allah, tapi kamu tidak menunaikan HakNYA (PerintahNYA).

2) Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa Iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W., tapi kamu meninggalkan amalan dan Sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai Syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci Neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak membuat persediaan untuknya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.

10) Kamu mengkebumikan jenazah saudaramu, tapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.


WAKTU MUSTAJAB DOA


1) Pada malam qadar iaitu 10 terakhir dalam bulan Ramadhan.


2) Pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji melakukan wuquf di Arafah.

3) Pada bulan Ramadhan.

4) Pada malam Jumaat.

5) Pada hari Jumaat.

6) Waktu berjumaat lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sehingga imam mengucapkan salam.

7) Pada tengah malam.

8) Ketika seperdua malam yang kedua sekitar jam 12 malam.

9) Sepertiga malam yang pertama sekitar jam enam hingga sepuluh malam.

10) Sepertiga malam yang terakhir iaitu selepas jam dua pagi.

11) Pada waktu sahur sebelum fajar terbit.

12) Sesudah berwudhu'.

13) Ketika orang azan untuk solat.

14) Antara azan dan iqamat.

15) Ketika orang mengucapkan iqamat.

16) Ketika berbaris menuju medan perang sabil.

17) Dalam pertempuran di medan perang.

18) Pada akhir tiap-tiap solat fardhu.

19) Pada waktu sedang sujud tidak kira di dalam solat mahupun di luar solat.

20) Ketika sedang membaca al-Quran.

21) Setelah tamat membaca al-Quran.

22) Ketika minum air Zam-Zam.

23) Pada waktu ayam jantan berkokok iaitu di pagi hari.

24) Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama.

25) Pada waktu berkumpul untuk berzikir iaitu secara berkumpulan untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran dan juga menerima pelajaran agama Islam.

26) Ketika menutupkan mata orang yang telah mati.

27) Ketika hujan turun.


Firman Allah S.W.T. :


"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab (Neraka) yang panas membakar."


[Surah Al-Buruj : Ayat 10]