
Salah satu sifat Muezza yang paling Nabi S.A.W. sukai ialah :
Apabila Nabi S.A.W. pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi S.A.W. menyatakan kasih sayang Baginda dengan menggosok lembut ke badan kucing itu.
Nabi S.A.W. menekankan dalam beberapa Hadith Baginda bahawa kucing itu tidaklah najis. Bahkan dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minuman kucing kerana dianggap suci.
~~~~~ Hadith Rasulullah S.A.W. ~~~~~
*************************************************************************************
RENUNGAN
Al-Quran dan As-Sunnah menganjurkan agar manusia mempunyai rasa cinta dan belas kasihan terhadap haiwan atau binatang ternakan. Seorang pakar sejarah dan undang-undang dari University of Northwestern, Chicago, Amerika Syarikat, Dr. Kristin Stilt dan Dr. Richard Foltz, seorang sarjana dari University of Concordia, Canada dalam kajian mereka mengenai haiwan dan Islam, mengakui bahawa sistem kebajikan haiwan dalam Islam sebagai suatu model yang amat sesuai bagi setiap manusia.
Dalam Hadith Shahih Bukhari Bilangan 3071, Ibnu Umar R.A. meriwayatkan Sabda Rasulullah yang bermaksud :
Dalam sebuah Hadith yang juga Riwayat Bukhari R.A. Bilangan 3208, Rasulullah S.A.W. Bersabda :
Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis Mughallazah (Najis berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut Mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan menggunakan air tanah. Masalah yang berbangkit dalam Hadith di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmat dan kasih sayang terhadap semua makhluk, samada haiwan ataupun manusia, Muslim atau kafir.
UNTA KELAPARAN
Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W. melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu Baginda S.A.W. Bersabda, Mafhumnya :
"Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik."
~~~ Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Al-Shahihah - No : 23 ~~~
~~~ Shahih Muslim - No : 955 ~~~
*************************************************************************************

