Sabda Rasulullah S.A.W:
“Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah S.W.T. iaitu seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah S.W.T., seorang PENULIS yang selalu memberi PENAWAR dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.”
(H.R. Thabrani)
IBU (KEKASIH SEJATI) DALAM REDUP MATAMU ITU TERSIMPAN KEMAS MAKNA SERIBU BICARA CITA MENGGUNUNG TINGGI NUKILAN BUAT ANAKMU INI POHONAN HIJAU UTUH MERIMBUN TEMPAT UNGGAS MENUMPANG TEDUH AGUNGNYA JASAMU NAN MENIMBUN TEMPAT KASIHKU TUK BERLABUH KEPAYAHAN HIDUP SANGGUP KAU REDAHI WALAUPUN BERTEMAN AIR MATA AZIMAT KETABAHAN TEGUH DALAM DIRI DEMI MELIHAT ANAKMU BERJAYA DI MANA KAN KU CARI KEKASIH SEJATI SEPERTIMU IBU YANG KU SAYANGI
OH TUHANKU BERIKANLAH IBU RAHMATMU OH TUHAN DI DUNIA AKHIRAT BAHGIA BERPANJANGAN
"Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali."
الحمد لله ربّ العالمين , والصّلاة والسّلام على سيّدنا
محمّد و على اله و أصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan
sifat-sifat Keagungan serta Kebesaran-Mu, pada hari/pagi/petang/malam yang
penuh keberkatan ini, bersempena dengan (Nama Program), kami sekalian hamba-Mu Ya
Allah, merafak dengan penuh rendah diri agar Engkau curahkan Nikmat yang
berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk kepada kami dalam mencapai
Keredhaan-Mu.
Ya Allah,
jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan kami. Kukuhkanlah
perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam sebuah negara yang
berbilang kaum ini.
Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah
sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi
amalan kami. Dan supaya kami, sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan
dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan negara. Engkau
sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap
tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah
apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat,
agama dan negara.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kurniakanlah
kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa kami,
pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya
Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar
kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu,
masih mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau
kurniakanlah umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk
membalas segala belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk
menghadiahkan kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga
dengan kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di
bibir mulus mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan
yang tidak pernah jemu dalam mendidik kami itu.Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi; Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.
"Sesungguhnya Tuhan itu Hidup lagi amat pemurah. Dia malu apabila hamba-Nya yang mengangkat kedua-dua tangan kepada-Nya, kemudian Dia pulangkan kedua-dua tangan itu dalam keadaan kosong"
Nota : Tiada hakcipta dalam Islam. Teks doa ini boleh disalin dan digunakan di dalam mana-mana majlis yang bersesuaian, oleh mana-mana pihak sekalipun. Semoga bermanfaat Insya Allah.
KERNA TAKDIR SENYUMAN TERUKIR DI RAUT WAJAHKU PABILA TERBAYANG MEMORI CINTA DULU KETIKA DIRI MELAFAZ KATA CINTA PADA SEORANG INSAN YANG KU RINDU
PABILA DIRIKU TERDAMPAR DI PANTAI SEPI DIRIMU HADIR DENGAN PAWANA CINTA MENGUBAH SETIAP LANGKAH HATI INI DARI BELENGGU KESUNYIAN
DI WAKTU ITU KU DILIMPAHI BAHAGIA TETAPI DETIK ITU TELAH BERLALU DENGAN DIRIMU TELAH PERGI UNTUK MENGGAPAI CITA - CITA
KINI KAU MASIH RATU HATIKU WALAUPUN DIRIMU JAUH DARIKU AKANKU TETAP SETIA MENUNGGU KERNA KU PERCAYA TAKDIR ILAHI JODOH KITA BERSEMI
SETIAP DETIK YANG KU LALUI RINDUKU PADAMU MAKIN MEMEKAR KU POHON PADA-MU TUHAN YANG ESA TETAPKANLAH JODOHKU DENGANNYA DI DALAM DIARI TAKDIR-MU OH TUHAN KOMPOSER :A PEACE LIRIK :TAJ/ A PEACE
************************************************
Firman Allah S.W.T., Mafhumnya :
“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (Silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”
DALAM KELAM MALAM KU TERKAPAI LEMAS KALBU DIGENANGI DUKA KENANGAN PILU KEMBALI MELAMBAI MEROBEK HATI MENOREH LUKA
SINAR FAJAR SINARI SEMESTA TERANGI SANUBARI YANG KEGELAPAN BAYU BERHEMBUS TENTERAMKAN JIWA MENGINGATKAN DAKU PADA-MU TUHAN
KALA ITU AKU KESEPIAN NAMUN SEMUANYA TELAHPUN BERUBAH DENGAN KEHADIRANMU DUHAI TEMAN MENGUATKAN HATI INI SEMAKIN TABAH
RANJAU HIDUP NAN BERDURI MENYIAT HATIKU DI MANAKAH PILU KAN BERAKHIR DUKA DAN LARAKU IZINKANKU UNTUK MENEGUK WALAU SETITIS EMBUN BUAT MENGALAS DAHAGA RINDU YANG TERHIMPUN
SAHABATKU KAU KAN SENTIASA DI INGATAN TERIMA KASIH TEMAN UNTUK SEGALANYA SEGALA MEMORI INDAH AKAN KU SIMPAN MOGA IKATAN UKHUWAH ABADI SELAMANYA
SELAMAT TINGGAL...TEMAN...
KOMPOSER :A PEACE LIRIK :A PEACE
************************************************
************************************************
TITIPAN UCAPAN SELAMAT TINGGAL TERBAIK MENURUT RASULULLAH S.A.W.
Dari Ibnu Umar R.A., yang mempunyai beberapa sanad, di antaranya: Dari Quza’ah, ia berkata:
“Ibnu Umar R.A. mengutusku untuk suatu keperluan. Lalu ia berkata: ‘Kemarilah, aku akan mengucapkan selamat jalan kepadamu, sebagaimana ucapan selamat tinggal Nabi S.A.W. kepadaku ketika beliau mengutusku untuk suatu keperluan. Kemudian Baginda S.A.W. mengucapkan:
“Aku menitipkan agamamu, amanatmu untuk segala akhir perbuatanmu kepada Allah”.
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (n0. 2600) Imam Hakim (2/97), Imam Ahmad (juz 2/25, 38 dan 136), dan Imam Ibnu Asakir (14/290/2 dan 15/469/1) diperoleh dari Abdulaziz bin Umar bin Abdulaziz yang mendengarnya dari Quza’ah
السّلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
سبحانك لا علملنا الاّ ما علمتنا انك انت العليم الحكيم
ولا حول ولا قوّة الاّ بالله العليّ العظيم
Tuan/PuanHari ini kita akan raikan majlis pernikahan En. Mohd Farhan dari Johor Bharu, Johor dengan Cik Aida Khairani dari Ipoh, Perak. Marilah kita mulakan dengan bacaan ummul kitab, al Fatihah...
Sebentar lagi saudara dan saudari akan diijab kabulkan dan selepas itu akan bermulalah kehidupan anda sebagai pasangan suami isteri. Secara langsung semua tanggungjawab bapa atau keluarga dari pihak perempuan, akan berpindah ke bahu saudara sebagai suaminya. Maka bimbinglah isteri dan keluarga ke jalan agama. Laksanakanlah segala suruhan dan tinggalkan larangan-NYA.
Demikianlah besarnya ganjaran ALLAH terhadap orang yang berumah tangga dengan syarat si suami perlulah solat berjemaah bersama isteri. Apabila dikurniakan zuriat, bimbinglah mereka. Mudah-mudahan dianugerahkan anak yang soleh dan solehah. Jika saudara dan saudari sibuk dengan pekerjaan, usah sesekali tinggalkan qariah masjid. Peruntukkanlah masa-masa tertentu bersama jemaah di sana. Bawalah langkah ke rumah ALLAH sentiasa kerana kita ini hidup bermasyarakat. Bagaimana agaknya, jika tiba masanya dijemput ILAHI tetapi tiada siapa yang mahu mempersiapkan kita? Kerja kita tidak akan membantu, wang juga tidak akan menolong kecuali mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat bermasyarakat.
Tujuan kita berumah tangga juga untuk menghalalkan hubungan suami isteri serta memperolehi zuriat suci dan soleh solehah. Tujuannya juga agar kita mengetahui setiap susur galur keturunan, selain untuk mengelakkan daripada wujudnya anak luar nikah dalam keluarga. Selain itu, tujuannya juga untuk membentuk akhlak mulia. Ini kerana sebagai ibu bapa akhlak memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak soleh dan solehah. Ada juga ibu bapa berakhlak buruk tetapi menginginkan zuriat yang baik dan mulia. Itu namanya ibu bapa yang tidak adil! Oleh itu, berusahalah menjadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat. Selain itu kita berkahwin juga semata-mata untuk membentuk rasa tanggungjawab; terhadap diri, isteri dan keluarga. Ia perlu dijalankan sebagaimana yang telah dijanjikan ketika ijab ini dilafaz. Usah culas dalam melaksanakan kewajipan kerana itulah tunjang kerukunan sesebuah rumah tangga idaman. Ambillah setiap baris ilmu yang diperolehi dalam rumah tangga. Insya-ALLAH, akan wujudlah keluarga harmoni diiringi redha ILAHI.
Peranan utama yang perlu dimainkan oleh si suami ialah menyuruh ahli keluarganya berpegang kepada ikrar sebagai Muslim. Kita ada Rukun Islam yang lima dan Rukun Iman yang enam. Sesungguhnya itulah ikrar yang perlu dipegang dalam kehidupan. Tanpanya runtuhlah istana cinta yang dibina bertahun-tahun lamanya itu. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kemusnahan menyayat hati.
Mengaku tidak ada TUHAN melainkan ALLAH. Ya... itulah ikrar dan aku janji kita sebagai seorang Islam. Tetapi ingat, hanya mengakui tanpa disusuli perbuatan, adalah sia-sia. Maka, buktikanlah; mengucap dua kalimah syahadah, dirikanlah solat, tunaikan puasa, membayar zakat dan mengerjakan haji.
Laksanakanlah dengan yakin dan bersungguh-sungguh agar diganjari pahala dan syurga yang nikmatnya tiada penghujung. Seperti yang kita maklum, perkahwinan dalam Islam adalah ibadat dan sunah Rasulullah S.A.W. Oleh itu, ilmu rumah tangga perlulah dipertingkatkan dari masa ke masa agar semua ibadat dapat dilakukan dengan sempurna. Bagi mereka yang berkemampuan, hendaklah segera berkahwin kerana perkahwinan itu menenangkan jiwa, menenangkan fikiran, meluaskan kaum kerabat, menimbulkan perasaan tanggungjawab. Sebentar lagi, En. Mohd Farhan akan diijab kabulkan dengan Cik Aida Khairani. Dengan ijab kabul itu nanti akan bermulalah tanggungjawab En. Farhan terhadap si isteri; menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan paling utama ialah agama. Manakala tanggungjawab isteri ialah membantu suami mentadbir rumah tangga serta mentaatinya. Sebagai seorang suami kita perlu bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri. Usah sekali-kali membawa balik benda yang haram kerana kesannya terlalu bahaya! Anak-anak menjadi degil, isteri pula bersikap ego dan sukar untuk dinasihati. Akhirnya, rumah tangga akan goyah dan tidak mustahil jika ia roboh. Ingatlah... sumber yang haram itu jika diambil akan mendarah daging dalam tubuh kita. Tiada yang dapat menyucikannya kecuali api neraka panas membakar. Nauzubillah...
Sebagai suami dan isteri, masing-masing perlu ada persefahaman. Faham dalam erti kata saling membantu antara satu sama lain. Misalnya, jika diuji dengan kesakitan atau kemiskinan, maka bersabarlah. Insya-ALLAH TUHAN itu tidak menzalimi hamba-NYA. Berdoa dan berusahalah agar dikurniakan rezeki yang halal serta diberi tahap kesabaran dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Hakikatnya, tanggungjawab seorang suami terlalu berat. Mengapa? Kerana isteri itu adalah amanah ALLAH. DIA telah memberi kepercayaan kepada seorang lelaki untuk menjaga seorang isteri. Sebagaimana cerita Datuk (Nabi Adam) kita yang awal dahulu. ALLAH telah menciptakan Nabi Adam dari tanah dan menempatkannya seorang diri dalam syurga. Tiada pasangan dan yang ada hanyalah perasaan sunyi. Lalu, ALLAH mencipta Siti Hawa sebagai pasangan dari rusuk kirinya. Tetapi, mengapa ALLAH memilih rusuk kiri padahal yang kanan itu lebih mulia? Jawapannya ialah rusuk kiri itu dekat dengan jantung hati suami. Dekat untuk disayangi bukan untuk dibenci. Jadi sebagai si jantung hati, si suami perlu berlemah lembut dan jangan jadikan isteri sebagai tempat melepaskan geram, maki hamun dan berkata kesat. Jika berlaku perselisihan, berusahalah mencari jalan penyelesaian. Insya-ALLAH jika ada tolak ansur, pasti wujud rumah tangga bahagia.
Tanggungjawab suami yang lain ialah zuriat. Berusahalah mendidik zuriat ke arah kebaikan. Paling penting, berikanlah kepada mereka didikan agama kerana ia tunjang kehidupan. Ketahuilah, jika mereka melakukan maksiat, maka dosa yang diperolehi itu akan ditanggung oleh si ayah (selagi belum baligh). Laratkah kita menanggung dosa anak dan isteri, walhal dosa diri sendiri pun tidak tertanggung? Oleh itu, ajarlah mereka mengenal agama, mengenal ALLAH dan Rasul serta mengetahui apa yang boleh dan tidak dalam Islam.
Jika mereka dibiarkan hanyut dalam dunia sendiri dan teman-temannya, maka bersedialah si ayah dan ibu menerima berita yang memilukan! Oleh itu, didiklah mereka dengan agama. Mudah-mudahan apabila kita berada di alam barzakh akan ada yang menghadiahkan fatihah dan doa buat kita di sana kelak. Sesungguhnya hanya itulah bekal yang kita bawa suatu hari nanti.Sesungguhnya, inilah sedikit sebanyak nasihat dan peringatan buat mempelai yang akan diijabkabulkan. Hayati dan laksanakan dalam kehidupan. Mudah-mudahan rumah tangga yang dibina ada rahmat yang mengiringi ada redha yang memayungi.
Ingatlah... hidup berdua itu amat berbeza daripada hidup berseorangan. Segalanya perlu dikongsi dan tiada yang 'itu hak aku'. Bersabarlah mengharungi dunia perkahwinan. Usah gentar dengan cubaan yang mendatang kerana ALLAH tidak akan membebankan hamba-NYA dengan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Sentiasalah berdoa dan bertawakal. Insya-ALLAH TUHAN itu akan merahmati hubungan yang halal bahkan diberkati.
Demikian kedua-dua mempelai, pokok pangkal untuk mendapat hidup sebagai suami isteri ialah dengan kembali kepada Islam. Tunaikan semua perintah ALLAH dan jauhi larangan-NYA.
والله أعلم
~ KAHWIN PADA USIA MUDA ~ (FUAD HJ. SAM)
*******************************************
Daripada Saad Bin Abi Waqqas R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, Mafhumnya :
"Di antara sumber kebahagiaan anak Adam itu tiga perkara, manakala di antara kecelakaan juga tiga perkara. Tiga sumber kebahagiaan mereka adalah :
Suara nyanyian nasyid secara solo pernah ke udara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2000 serta pernah menjuarai beberapa pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri sekitar tahun 2001-2007 serta peringkat universiti dari tahun 2008-2011. Juga merupakan Finalis bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan Cemerlang dan Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Se-Malaysia, selaku Yang Di Pertua/Presiden/Amir Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) Sesi 2008/09. Persatuan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka pimpinannya telah menjulang pengiktirafan menerima Anugerah Kelab / Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Melaka 2009, pertama kali dalam sejarah penubuhan persatuan tersebut yang telah diasaskan pada tahun 2000. Memegang kepada prinsip hidup berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Hai orang-orang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu" - Surah Muhammad; Ayat 7.
Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor. 23Hb Januari 2011 (Sabtu) Di hening pagi yang cukup mendamaikan itu, ...
Jalinan Ukhuwah
Sahabat Sejati (^_^)
Kenangan Terindah...
Anugerah Kecemerlangan Kerohanian, Anugerah Kelab Persatuan Cemerlang (AKPC) UiTM Kampus Melaka 2009
Plak Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang UiTM Melaka
Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UiTM 2011 M / 1432 H
Piala Iringan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UiTM 2011 M / 1432 H
Sijil Imam Profesional oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam, Selangor pada tanggal 17 Mac 2012 M Bersamaan 24 Rabi'ul Akhir 1433 H.
Sijil Seminar Rawatan Islam Siri 1 Bersama Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Darussyifa' & Pengacara al-Kuliyyah TV3), Anjuran bersama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (MSSAAS), Shah Alam, Selangor & Saffron Integrated Marketing pada tanggal 16 April 2011.
Sijil Bengkel Asas Penulisan Novel Buku Prima bertarikh 19 Februari 2012, Bertempat di Akademi Karangkraf, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Muhasabah Cinta - Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
Dilahirkan pada tanggal keramat, 3Hb Oktober 1988 tepat jam 11.11 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Lalang (1995-1998) dan Sekolah Kebangsaan Jelawat (1999-2000), kemudian meneruskan pelajaran peringkat menengah di Maahad Ya'akubiah Nipah (2001-2004) dan Maahad Amir Indera Petra (2005-Jun 2007), dan seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Melaka dalam jurusan Diploma Komunikasi Dan Media serta jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam di UiTM Kampus Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Suara nyanyian secara solo pernah ke udara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2000 serta pernah menjuarai beberapa pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri sekitar tahun 2001-2007. Pernah diamanahkan oleh pihak Istana Di Raja Kelantan serta Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mengetuai seramai 1000 orang ahli nasyid mewakili 51 buah pasukan nasyid terdiri daripada para pelajar sekolah agama YIK seluruh Kelantan sebagai VOKALIS, membuat persembahan nasyid bersempena dengan Majlis Taman Di Raja bertemakan “Sepetang Bersama Seribu Penasyid” bagi menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Yang Ke-51 di Istana Negeri Kelantan, di hadapan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Kini KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V), kerabat-kerabat Di Raja Kelantan, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pembesar negeri dan seluruh rakyat jelata pada tahun 2001.
Juga merupakan Finalis bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan Cemerlang Peringkat UiTM Se-Malaysia, selaku Yang Di Pertua / Amir Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka Sesi 2008/09 ke Malam Anugerah Kecemerlangan Persatuan Dan Kelab UiTM 2009 bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Malaysia Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Persatuan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Melaka pimpinannya telah menjulang pengiktirafan menerima Anugerah Kelab / Persatuan Cemerlang Peringkat UiTM Melaka 2009, pertama kalinya dalam sejarah penubuhan persatuan tersebut yang mula-mula sekali diasaskan pada tahun 2000.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama bagi Kelab Masscomm Integration Islamic Students (MIIS) yang kini dikenali dengan nama Kelab Kesenian Islam (INSPIRASI) UiTM Melaka. Kelab ini telah meraih 4 anugerah utama bersempena dengan Malam Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang UiTM Melaka 2010 pada tanggal 12 Oktober 2010 iaitu Piala Emas Kelab/Persatuan Cemerlang Seluruh UiTM Melaka 2010, Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang, Anugerah Khas Kreativiti dan Inovasi Terbaik serta Anugerah Khas Kerohanian Terbaik. Beliau merupakan Timbalan Presiden (MIIS) serta Ketua Biro Furqan (INSPIRASI) pertama bagi kelab tersebut.
Disamping itu, beliau juga merupakan ahli kumpulan nasyid Entertainment Voice of Islamic Students (EVOIS) yang pernah berkongsi pentas membuat persembahan bersama-sama Kumpulan Ruffedge, Fabulous Cats, In Heart, Muadz Al-Asrar serta ramai lagi artis terkenal tanahair pada Konsert Malam Amal Gaza-Palestin bertempat di Kompleks Sukan UiTM Malaysia Shah Alam, anjuran Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Malaysia, Shah Alam pada tahun 2008, yang mendapat liputan meluas oleh pelbagai media cetak & elektronik di Malaysia.
Memegang kepada prinsip hidup berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Hai orang-orang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu."